KUALI | Trending

Menu raya di Johor cuma ada lontong? Anak jati tampil bagi 'list' sajian sepanjang Syawal

Lead Image

RAMAI beranggapan musim perayaan di Johor kurang meriah dengan makanan hingga beranggapan suasana Aidilfitri di negeri itu agak membosankan. 

Pandangan itu ternyata jauh dari realiti kerana juadah raya di negeri Selatan tanah air itu cukup banyak. 

Seorang anak jati Johor, Diana Jamil, berkongsi pengalaman menarik tentang juadah dan tradisi perayaan di negeri tersebut.

Menurut Diana, setiap rumah di Johor ada sentuhan tersendiri pada menu lontong selain sajian istimewa lain.

Ada mendakwa rumah terbuka di Johor hanya menghidangkan lontong yang membosankan.

"Ada orang cakap 1 Syawal di Johor bosan sebab semua rumah hidangkan lontong. 

"Tapi lauk lontong tu berbeza. Mak saya lauk lontongnya kari kambing dan paru sambal," kongsinya. 

Malah, katanya, selain lontong darat, menu lain seperti lauk asam pedas turut menjadi pilihan termasuk oleh bapanya sendiri menjelang petang raya pertama.

Antara komen netizen.

Raya di Johor katanya, lebih meriah dengan aktiviti marhaban dan baraan. 

MENARIK DIBACA: Order 50 bekas kuih raya 'homemade' nak buat goodies, peniaga bagi biskut timbang kilo

MENARIK DIBACA: Bukan sekadar nasi 'dibungkus' daun kelapa... Ini 5 jenis ketupat popular, unik ada rasa tersendiri

"Saya pun suka join marhaban atau baraan. Suka tengok macam-macam juadah ada. 

"Seronok keliling kampung naik motosikal sambil pakai baju raya woi," tambahnya lagi. 

Diana turut menceritakan pengalaman jiran lama emaknya dari Kedah yang turut beranggapan beraya di Johor berbeza dengan negeri-negeri lain. 

Reaksi netizen di ruangan komen.

“Dia (bekas jiran) kata di sana (Kedah) raya tiga, empat hari je. Tapi raya kat Johor lambat-lambat pun tak apa sebab sebulan. Dia suka sertai marhaban," tulisnya di ruangan komen.

Lebih menarik, orang Johor biasanya menyimpan pelbagai menu istimewa sehingga Aidiladha.

Diana menekankan, selagi belum tiba Raya Haji, suasana perayaan masih dirasai. 

Lontong antara menu wajib pagi raya di selatan tanah air.

Jelas, juadah perayaan di Johor bukan sahaja pelbagai, malah setiap rumah membawa keunikan tersendiri yang menjadikan Aidilfitri di negeri selatan ini sentiasa meriah dan tak pernah membosankan.

Perkara ini mendapat perhatian netizen, terutamanya berasal dari Johor yang menyenaraikan juadah lazim ditemui pada Aidilfitri.

“Lontong pun bukan makan dengan telur dan sambal tumis je, waktu raya menu raya la. Semua rumah ada ketupat, rendang, ayam sambal, ayam kari, kuah kacang. Saya duduk Johor raya pertama senak perut belum lagi tuan rumah rasa tak cukup tambah mi goreng pula.

"Siapa la cakap bosan tu ek? Sedap je lontong dimakan dengan kari kambing, ayam masak merah, serunding, lodeh, rendang daging dan sambal kacang.

"Hari kedua raya sarapan pagi wajib lontong goreng ambil baki-baki ketupat atau nasi impit semalam. Lepas tu menggagau cari ikan nak masak asam pedas.

Lemang, rendang dan kuih muih menghiasi meja makan di pagi raya kebanyakan rumah di selatan tanah air.

Berikut adalah senarai menu popular Syawal di Johor: 

* Ketupat atau nasi himpit

* Segala jenis lemang atau pulut

* Burasak

* Ayam masak merah

* Ayam kicap

* Ayam kari 

* Sambal goreng

* Kuah kacang

* Lodeh

* Serunding

* Beriani kambing

* Asam pedas ikan

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Lemang makan dengan sup... Ramai rupanya ubah sajian asli raya, pelik tapi katanya enak!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Rendang tak masuk 'list' sajian tradisi raya di Kelantan, jika hidang dianggap 'rare'

Terhangat