KUALI | Trending

Doktor tak kalut di malam raya, juadah Aidilfitri dah masak seminggu lebih awal

Lead Image

TAK ramai yang berani menyiapkan juadah raya lebih awal kerana risau makanan tidak tahan lama.

Bagaimanapun, bagi keluarga Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, tradisi memasak menu raya lebih awal sebenarnya memberi ruang untuk mereka menikmati malam-malam akhir Ramadan dan pada malam raya tanpa terburu-buru. 

Menurut perkongsiannya di Threads, persiapan awal membolehkan mereka menguruskan juadah dengan lebih tenang.

Setiap tahun, keluarganya akan memasak juadah seperti sambal goreng pengantin dan rendang daging lebih awal namun nasi impit, ketupat serta lodeh dimasak pada malam raya. 

Aneka juadah raya disediakan awal supaya tidak kalut ketika malam raya.

"Ramai masih berdebat raya jatuh Jumaat ke Sabtu. Saya dah masak juadah raya hari Ahad (seminggu awal). Awal tak kalut!

"Setiap tahun kami buat persiapan juadah raya seminggu awal. Kemudian frozen (bekukan) atau retort. 

MENARIK DIBACA: Nama je sambal kicap, langsung tak rasa cili! Sudahnya makan bihun sup masin, kuah bertukar warna

MENARIK DIBACA: Sambal matah mudah nak buat, layan dengan nasi panas dah tak toleh kiri kanan

"Mudah. Tak semua kami masak awal. Nasi impit, ketupat, lodeh tu semua biasanya masak malam raya," kongsinya lagi. 

Selain itu, dia juga memuat naik video memasak sambal goreng pengantin dan rendang daging, salai daging dan ayam untuk masak lemak cili api untuk dimakan raya nanti.

"Untuk berbuka hari ni, saya masak pecal terung dan sup daging keting. Penat oi!" ujarnya lanjut. 

Masakan disiapkan awal seminggu disimpan dalam ruangan beku atau retort.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen dengan ada yang cuba mengusiknya jika dia mahu mengambil tempahan. 

"Sambal goreng pengantin tu sedap sangat tapi renyah nak buat. Doktor tak ambil tempahan ke?

"Awal betul doktor masak. Betul-betul tak kalut.

"Tahun ni nak raya rumah doktor la," antara komen netizen.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Beli laksam, dapat mi chee cheong fun! Pembeli kena tipu hidup-hidup

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Bang Mat ajak rakyat ternak ikan di laman rumah... Ramai berminat, saran buat kursus

Terhangat