KUALI | Trending

Jag istimewa tinggalan nenek jadi tema kempen Yeo's... Sarat nilai kekeluargaan, kasih sayang

Lead Image

SEMPENA Ramadan dan Aidilfitri 2026, Yeo's hadir dengan kempen 'Sepenuh Jag, Sepenuh Kebaikan'.

Menampilkan nilai kekeluargaan, kasih sayang dan kebersamaan dari satu generasi ke generasi seterusnya, kempen ini menampilkan kisah seorang gadis bernama Alya yang menyambut Ramadan pertama tanpa nenek tersayang.

Mengetengahkan kisah jag milik nenek yang sentiasa dipenuhi minuman Yeo's suatu ketika dahulu, Alya nekad menghidupkan semula amalan itu bersama keluarga apabila menemui semula jag milik arwah.

Kempen Ramadan dan Raya 2026 Yeo's mengangkat tema kekeluargaan dan kasih sayang.

Kempen ini turut menampilkan pempengaruh terkenal, Che Sayang serta beberapa pencipta kandungan lain yang berkongsi kisah peribadi mereka bersama Yeo's dan jag istimewa masing-masing.

Rakyat Malaysia juga diajak berkongsi pengalaman penuh makna di bawah tanda pagar #CeritaJagKita.

Pada masa sama, inisiatif ini turut menyemarakkan semangat kebersamaan serta menyeru masyarakat menghargai nilai kasih sayang dan kekeluargaan.

Kisah penuh makna ini dipaparkan menerusi dua bahagian berlatarkan Ramadan dan Raya di semua rangkaian media sosial Yeo's Malaysia.

Yeo’s mengajak rakyat Malaysia untuk terus menyemai kebaikan dan mencipta memori baharu bersama insan tersayang.

Menurut Pengurus Jenama Kanan Yeo’s Malaysia, Yvonne Lam, Ramadan dan raya merupakan musim yang penuh makna buat rakyat Malaysia, yang sarat dengan nilai refleksi, kesyukuran dan kekeluargaan. 

"Melalui kempen “Sepenuh Jag, Sepenuh Kebaikan”, Yeo’s ingin menunjukkan bahawa simbol sederhana seperti jag di meja makan mampu membawa makna kasih sayang

"Pada masa sama, setiap jag yang diisi dengan Yeo’s melambangkan kebaikan dan khasiat untuk dikongsi bersama seisi keluarga," ujarnya.

Yeo’s berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada detik-detik bermakna ini, bukan sekadar sebagai minuman, tetapi sebagai simbol kebaikan yang terus 'dituang' dan dikongsi bersama.

MENARIK DIBACA: Order 50 bekas kuih raya 'homemade' nak buat goodies, peniaga bagi biskut timbang kilo

MENARIK DIBACA: Bukan sekadar nasi 'dibungkus' daun kelapa... Ini 5 jenis ketupat popular, unik ada rasa tersendiri

Yeo’s ingin menunjukkan bahawa simbol sederhana seperti jag di meja makan mampu membawa makna kasih sayang.

 Yvonne Lam

Di lapangan, Yeo’s turut bekerjasama dengan ST Rosyam menganjurkan sesi berbuka puasa khas di premis mereka serta membuka booth selama 30 hari di Gastro Seni, Putrajaya yang menawarkan sesi rasa produk dan promosi eksklusif Ramadan.

Di samping itu, Yeo's turut melancarkan inisiatif bermakna melalui usaha warga kerja Yeo's sendiri dengan menyantuni jemaah di hampir 50 buah masjid di seluruh negara dengan berkongsi kebaikan daripada Jag Yeo’s kepada komuniti.

Inisiatif ini mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan sepanjang Ramadan, sekali gus mendekatkan jenama Yeo’s dengan pengguna melalui pengalaman yang lebih bermakna.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Ketahui sebab Jepun tunjuk gambar petani pada sayur, buah-buahan ditanam dan dijual di pasar

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Banduan didakwa jarang mandi, kuih raya dibuat kotor? Ini penjelasan KP Jabatan Penjara

Terhangat