KUALI | Trending

Banduan didakwa jarang mandi, kuih raya dibuat kotor? Ini penjelasan KP Jabatan Penjara

Lead Image

MENJELANG musim perayaan, pelbagai dakwaan tular di media sosial termasuk penghasilan kuih raya oleh banduan di penjara yang dikatakan tidak bersih.

Namun, hasil semakan oleh MyCheck mendapati dakwaan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Abdul Aziz Abdul Razak berkata setiap penghuni penjara diwajibkan menjaga kebersihan diri termasuk mandi sebelum terlibat dalam penyediaan makanan.

MyCheck mengeluarkan kenyataan menolak dakwaan kuih raya dihasilkan banduan tidak bersih.

Dalam satu kenyataan, Abdul Aziz menegaskan banduan sentiasa berada dalam keadaan bersih ketika menghasilkan kuih raya atau produk makanan lain sekali gus menafikan dakwaan bahawa mereka tidak mandi setiap hari.

MENARIK DIBACA: [V] Liza Hanim ajar anak-anak buat ketupat, mahu seni anyaman terus terpelihara

MENARIK DIBACA: Rambang mata dibuatnya! ‘Syurga’ kek klasik ada di Taman Melawati

Dalam masa sama, katanya, proses penyediaan makanan di penjara bukan dilakukan secara sewenang-wenangnya sebaliknya tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat dan mempunyai Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Malah, setiap penghasilan produk makanan turut dipantau rapi serta mematuhi piawaian keselamatan makanan ditetapkan pihak berkuasa.

Setiap tahun kuih raya dihasilkan banduan mendapat sambutan tinggi.

Isu ini timbul susulan tularnya satu komen media sosial yang mempertikaikan tentang kebersihan kuih raya dihasilkan oleh banduan memandangkan mereka tidak mandi setiap hari dan perlu mengikut jadual.

Dakwaan ini dikatakan dibuat oleh staf penjara.

Susulan kenyataan oleh Abdul Aziz, orang ramai tidak perlu ragu-ragu atau bimbang untuk membeli kuih raya yang dihasilkan oleh banduan kerana kebersihan dan keselamatannya adalah terjamin.

Untuk sebarang pertanyaan boleh semak di laman web rasmi mycheck menerusi https://www.mycheck.my/

Selain orang ramai juga boleh berkunjung ke Galeri Produk My Pride untuk mendapatkan kuih raya dibuat oleh bantuan. 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Jag istimewa tinggalan nenek jadi tema kempen Yeo's... Sarat nilai kekeluargaan, kasih sayang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Order 50 bekas kuih raya 'homemade' nak buat goodies, peniaga bagi biskut timbang kilo

Terhangat