KUALI | Trending

Peniaga suka sebab murah, tapi kertas pembungkus makanan ada risiko tak halal

Lead Image

PENGGUNAAN kertas pembalut untuk membungkus makanan yang dijual menjadi pilihan bagi segelintir perniaga.

Mana tidaknya, ia lebih menjimatkan dan mesra alam berbanding bekas pembungkus diperbuat daripada plastik atau polisterin.

Bagaimanapun, bagi pengguna beragama Islam, penggunaan kertas pembungkus perlu diteliti dari segi kehalalannya.

Menurut pengkongsian perunding Halal, Aisha Maharani, meskipun kelihatan selamat namun di sebalik helaian kertas itu mungkin terdapat bahan yang merisikokan status halalnya.

Perkongsian @aishamaharani berkaitan halal menerusi Instagram.

Jelasnya, produk pembungkusan boleh mengandungi bahan berasaskan haiwan seperti gelatin, tallow atau pelekat dari protein haiwan.

"Dalam proses pengeluaran, kertas pembungkus sering dilapisi bahan kimia, perekat, bahkan coating daripada lemak haiwan atau gelatin. 

"Sebahagiannya mungkin berasal daripada haiwan yang tidak halal,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

MENARIK DIBACA: Kapal cruise patuh syariah pertama di Malaysia beroperasi 29 Nov, saji hidangan halal bertaraf 5 bintang

MENARIK DIBACA: Zencrich Wagyu cipta rekod, pengimport terbesar daging wagyu Jepun halal ke Malaysia

Salah satu elemen perlu dititikberatkan adalah proses coating dan sizing iaitu bahan pelapis yang digunakan untuk mengelakkan kertas menyerap minyak.

Menurutnya lagi, bahan ini berpotensi diperbuat daripada gelatin lembu atau lebih membimbangkan, khinzir.

Oleh itu, masyarakat Islam disarankan untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan kertas pembungkus makanan.

Sebaiknya pilih yang mempunyai sijil halal atau pastikan sumber bahan pelapisnya selamat dan terjamin.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Gula-gula getah ada ribuan mikroplastik? Lelaki kejar 'jawline' kaku bila baca kajian penyelidik

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Kopi Turkiye bukan sekadar minuman, tradisi 500 tahun yang terus hidup

Terhangat