KUALI | Trending

Ambil tahu 6 istilah makanan Jepun ini serta maksudnya

Lead Image

SIAPA di sini penggemar makanan Jepun?

Jika anda salah seorangnya, pasti anda tidak asing dengan pelbagai istilah dalam kulinari negara matahari terbit itu yang bukan sahaja merujuk kepada jenis hidangan tetapi mencerminkan budaya dan cara hidup masyarakatnya.

Bagi mereka yang sekadar datang untuk makan, mungkin tidak begitu memahami maksud di sebalik istilah-istilah ini.

Makanan Jepun semakin menjadi kegemaran rakyat Malaysia kerana mudah didapati.

Istilah seperti tempura, bento, donburi, nabe dan udon kini bukan lagi asing terutamanya dalam kalangan rakyat Malaysia yang meminati makanan Jepun.

Istilah-istilah ini semakin meluas penggunaannya dan sering dikaitkan dengan hidangan yang mempunyai keunikan tersendiri.

MENARIK DIBACA: Terliur kalau tengok dalam K-drama, rupanya Jajangmyeon dan kimbap antara 6 makanan ikonik bukan asal Korea

MENARIK DIBACA: [V] Bahan masak mesra poket, ini 6 item wajib 'grab' kalau masuk kedai RM2

Setiap satu nama hidangan ini membawa makna tersendiri dan mewakili pengalaman rasa yang unik. 

Berikut antara istilah makanan Jepun yang harus anda ketahui jika ke restoran Jepun:

Tempura udang sangat sedap dihidangkan bersama sos tentsuyu.

1. Tempura 

Makanan laut atau sayur-sayuran yang dicelup dalam adunan tepung ringan dan digoreng rangup. 

Dihidangkan bersama sos celup khas (tentsuyu) dan parutan lobak putih.

Bento adalah sejenis hidangan makanan yang pelbagai tersusun dalam bekas.

2. Bento 

Bekas makanan yang mengandungi pelbagai jenis hidangan seperti nasi, daging, sayur-sayuran dan lauk sampingan, disusun dengan cantik. 

Bento sering dibawa sebagai bekalan ke sekolah atau tempat kerja.

Gyudon adalah hidangan hirisan daging lembu dimasak bersama sos manis sedap.

3. Donburi 

Hidangan nasi putih di dalam mangkuk besar yang ditambah dengan pelbagai lauk di atasnya. 

Contoh popular termasuk gyudon (daging lembu), oyakodon (ayam dan telur) dan katsudon.

Hidangan sukiyaki antara menu nabe hotpot yang paling popular di Malaysia.

4. Nabe 

Nabe bermaksud periuk tetapi dalam konteks makanan Jepun, ia merujuk kepada hidangan hotpot iaitu pelbagai bahan seperti daging, sayur-sayuran, tauhu dan mi yang dimasak dalam kuah panas terus di atas meja. 

Senang faham, ia merupakan makanan musim sejuk yang popular dan dimakan secara berkongsi.

Antara jenis nabe yang terkenal termasuk:

Sukiyaki iaitu daging lembu hiris, sayur dan tofu dimasak dalam kuah manis berasaskan kicap, gula dan mirin. Biasanya dicelup dalam telur mentah sebelum dimakan.

Shabu-shabu pula hidangan daging dan sayur dicelup sekejap dalam kuah panas kemudian dimakan dengan sos seperti ponzu atau goma.

Yosenabe adalah hotpot campuran pelbagai bahan termasuk makanan laut dan sayuran.

Tempura udon sememangnya antara menu lazat dinikmati ketika hujan.

5. Udon 

Udon ialah mi tebal berwarna putih yang diperbuat daripada tepung gandum. 

Ia mempunyai tekstur kenyal dan lembut menjadikan menu sangat mengenyangkan dan sesuai dinikmati dalam pelbagai cara sama ada panas atau sejuk.

Di Malaysia, udon sudah menjadi salah satu pilihan popular dalam kalangan pencinta makanan Jepun dan boleh ditemui di kebanyakan restoran Jepun.

Antara hidangan udon yang popular di Malaysia termasuklah tempura udon iaitu dihidangkan bersama tempura rangup, curry udon, yaki udon iaitu digoreng bersama sayur-sayuran dan daging serta kake udon dan zaru udon.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

RM100 dari bantuan MyKasih digunakan sebagai modal Brownies Bite, tak sangka dapat sambutan sampai viral

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Mat salih jual ais kacang guna basikal roda tiga di Sweden, sanggup angkut mesin dari Malaysia - “Pertama kali cuba terus ketagih”

Terhangat