KUALI | Video

Berbuka puasa dengan panorama KLCC, sajian bufet Saloma Kuala Lumpur dekat dihati rakyat Malaysia

NIKMATI pelbagai juadah masakan kampung sambil menikmati pemandangan indah berlatar belakangkan panorama bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas (KLCC) pastinya bakal memberikan pengalaman mengasyikkan buat pengunjung.

Dengan mengangkat tema 'Di Bawah Langit Yang Sama', restoran terkemuka Saloma Kuala Lumpur menyajikan pelbagai pilihan juadah berbuka puasa dengan menu-menu dekat dengan lidah rakyat Malaysia.

Dari sajian selatan hingga utara tanah air, bufet berbuka puasa di Saloma Kuala Lumpur menyediakan lebih daripada 148 menu istimewa untuk Ramadan tahun ini antaranya Nasi Kambing Kebuli, Mi Udang Tergolek dan Udang Lemak Daun Cekur.

bufet berbuka puasa di Saloma Kuala Lumpur menyediakan lebih daripada 148 menu istimewa untuk Ramadan tahun ini.

Bukan itu sahaja, bufet Ramadan di Saloma Kuala Lumpur turut menyajikan pilihan hidangan Cina, India, Barat dan Arab untuk menepati selera pengunjung  ketika bulan Ramadan nanti seperti aneka jenis dimsum, roti canai, martabak, nasi arab dan pasta.

Dengan lokasi besar yang boleh memuatkan sehingga 860 orang pengunjung, Saloma Kuala Lumpur turut menyediakan ruang solat untuk pengunjung menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih yang selesa.

Lokasi: Saloma Kuala Lumpur, No. 139, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Harga: RM168/pax (Dewasa), RM98/pax (warga emas 65 tahun ke atas), RM98/pax (kanak-kanak 5 hingga 12 tahun)

Tempoh: 19 Februari hingga 18 Mac 2026

Masa: 6 petang hingga 11 malam

Tempahan hubungi: 1-700-828-576

Tonton video penuh di YouTube Kuali.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok dan Facebook

Video Popular