KUALI | Menu Viral

Lembutnya sampai tak terasa ketika ditelan, 'Khanom leum kleun' semakin diminati di Malaysia

Lead Image

PERNAH dengar pencuci mulut yang dipanggil 'khanom leum kleun', iaitu sejenis kuih tradisional yang sangat popular di Thailand.

Manisan diolah menjadi pelbagai bentuk sama ada bulat atau bunga-bungaan itu kelihatan sangat cantik kerana menggunakan warna-warna terang.

Bentuknya persis seperti agar-agar, namun teksturnya lebih lembut dan licin. Apabila dimakan, pencuci mulut istimewa itu seakan-akan cair di dalam mulut.

Kuih ini kelihatan unik kerana bentuk dan warnanya yang menarik.

Tidak hairanlah kuih ini diberi nama khanom leum kleun yang bermaksud kuih (khanom) terlupa untuk ditelan (leum kleum).

Sifatnya yang sangat lembut dan licin menyebabkan kuih tersebut terus 'meluncur' ke dalam tekak sebelum sempat seseorang itu menelannya.

Namun sejak akhir-akhir ini, khanom leum kleun tiba-tiba sahaja menjadi buah mulut di Malaysia sehingga menjadi viral.

Warna-warna yang digunakan juga menarik dan terang.

Dalam media sosial, ramai warga Malaysia berkongsi resipi khanom leum kleun dan memuat naik gambar hasil kuih tersebut selepas berjaya membuatnya sendiri di rumah.

Seorang pengguna Facebook bernama Zurin Apple tidak ketinggalan membuat sendiri khanom leum kleun dengan menggunakan warna oren terang.

"Alhamdulillah saya dah pun buat," katanya.

MENARIK DIBACA: Kebas kaki dan tangan petanda gula meroket, 3 bahan ini bantu legakan masalah saraf 

MENARIK DIBACA: [V] Iman Nasi Kukus syurga masakan autentik Kelantan, pelbagai pilihan buat rambang mata

Perkongsian Zurin menarik perhatian pengguna Facebook lain apabila teruja melihat bentuknya yang sangat cantik. Malah ramai yang turut meminta resipi untuk membuat manisan tersebut.

Seorang lagi pengguna Facebook menggunakan nama Suria Jaafar juga tidak ketinggalan berkongsi hasil khanom leum kleun buatannya yang menggunakan warna ungu dengan sentuhan 'ombre'.

"Ini pula hasil air tangan saya," katanya.

Manisa yang diperbuat daripada tepung kacang hijau, gula dan santan ini viral di Malaysia.

Difahamkan, khanom leum kleun dihasilkan dengan dua lapisan iaitu bahagian bawah (asas) yang diperbuat daripada tepung kacang hijau, gula dan air bunga melati atau pandan yang dimasak sehingga menjadi jeli.

Bahagian atas (topping) oula diperbuat daripada santan pekat yang dimasak bersama sedikit tepung beras dan garam untuk memberikan rasa lemak masin yang mengimbangi rasa manis pada lapisan bawah.

Untuk hiasan pula, biasanya khanom leum kleun akan ditabur dengan kacang hijau yang dibuang kulit dan disangai untuk memberikan sedikit tekstur garing.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Viral

Dubai Chewy Cookie jadi fenomena di Korea Selatan, pelanggan sanggup beratur berjam-jam

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Viral

Sushi Push Pop jadi fenomena di New York, disajikan dalam bekas silinder

Terhangat