KUALI | Menu Viral

Jangan buang! Kulit tembikai boleh dijadikan halwa, sedap dimakan bersama nasi

Lead Image

TAHUKAH anda kulit tembikai sebenarnya boleh dimakan, bahkan ia boleh diproses untuk dijadikan snek berupa halwa kulit tembikai dengan rasa manis dan tekstur kenyal.

Di Jepun misalnya, kerana terdapatnya permintaan tinggi, terdapat pasar raya menjual kulit tembikai untuk dimasak dengan cara direbus untuk dijadikan lauk dan dimakan bersama nasi.

Situasi ini sekali gus telah menukar status kulit tembikai yang dianggap sampah, menjadi olahan makanan unik mengandungi khasiat semula jadi.

Kulit tembikai bahkan dijual di pasar raya di Jepun kerana mendapat permintaan tinggi.

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), buah tembikai terdiri daripada tiga komponen utama iaitu isi, kulit dan biji.

Biasanya tembikai dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus, manakala kulitnya pula akan dibuang atau diberi makan kepada haiwan ternakan.

Namun hakikatnya, kulit tembikai mempunyai khasiat dan boleh diproses menjadi produk tambah nilai seperti halwa kulit tembikai.

Selain diolah menjadi manisan, kulit tembikai juga dimasak untuk dijadikan lauk.

Satu kajian dijalankan mendapati, kulit tembikai mengandungi 93.8% kandungan lembapan, 0.49% abu, 0.1% nitrogen dan 2.1% gula.

Bahkan Kulit tembikai mengandungi kandungan serat pemakanan dan kalium yang tinggi, tetapi rendah kandungan gula berbanding dengan isinya. 

Justeru, kulit tembikai sememangnya sesuai diproses untuk dijadikan manisan atau halwa kerana masih mengandungi kebaikan dan manfaat di dalamnya.

MENARIK DIBACA: [V] ‘De Wan 1958’ buka cawangan di The Exchange TRX, usaha Chef Wan martabat masakan Melayu 

MENARIK DIBACA: Patutlah ibu hamil suka makan jeruk! Di sebalik rasa masam dan manis, ada khasiat tersembunyi

Proses untuk mengolah kulit tembikai menjadi halwa juga mudah;

  1. Pertama sekali, kulit tembikai dibersihkan dengan membuang kulit hijau luar yang keras. Tinggalkan sedikit baki isi tembikai untuk sama manis buah.
  2. Potong kulit tembikau menjadi potongan atau jalur kecil kemudian rebus bersama gula dan sedikit garam sehingga empuk.
  3. Terdapat juga kaedah di mana kulit tembikai direndam dalam air gula berkepekatan tertentu sebanyak beberapa kali untuk penyerapan optimum sebelum dikeringkan.
  4. Kulit tembikai yang telah direbus kemudiannya akan melalui proses penjemuran di bawah cahaya matahari sehingga mengeluarkan 'bunga gula' berbentuk kristal di permukaanya.
  5. Kulit tembikai atau halwa yang telah kering memiliki tekstur kenyal seperti jeli atau gula-gula buah kering lain.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Viral

Bonsha jadi kegilaan... Tak salah mencuba, ada risiko kesihatan perlu diambil peduli 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Viral

Coklat, mentega dan kopi antara 6 makanan ‘kawan’ kesihatan jantung dan otak

Terhangat