KUALI | Menu Viral

Dari tiramisu ke ayam gepuk, ini 7 makanan viral sepanjang 2025... Mana satu pilihan anda?

Lead Image

SETIAP tahun, pasti ada sajian mencuri perhatian ramai bukan sekadar rupa yang menggoda, tetapi juga keunikan rasanya memukau deria.

Dengan kehadiran media sosial, ramai enggan ketinggalan atau FOMO (fear of missing out), mencuba menu viral yang memenuhi 'feed' mereka.

Dari hidangan berat menyelerakan, kudapan ringan, hinggalah pencuci mulut manis memikat, semuanya memberikan pengalaman kulinari luar biasa.

Kuali menampilkan top 7 makanan viral tahun 2025 yang pernah mencuri tumpuan ramai.

Untuk lebih sedap, tambah kobis atau kangkung goreng garing.

1. Nasi ayam gepuk

Nasi ayam gepuk merupakan sajian paling laris tahun ini bahkan gerai-gerai menjualnya tumbuh bak cendawan.

Gabungan ayam goreng garing, nasi putih panas, sambal gepuk pedas manis bersama kacang gajus menjadikan setiap suapan begitu memuaskan.

Malah penambahan kobis atau kangkung goreng garing menjadikan hidangan ini lebih istimewa.

Kombinasi coklat dan pistachio membuatkan sesiapa saja menjilat jari.

2. Coklat Dubai

2025 tak lengkap jika coklat Dubai tidak memasuki senarai, malah populariti di TikTok membuatnya menjadi trend di seluruh dunia.

Pemanis mulut dari negara Arab itu diperbuat daripada coklat diisi dengan pistachio dan tahini kemudian disaluti kadayif rangup.

Gabungan manis dan coklat dan pistachio membuatkan sesiapa saja yang merasainya menjilat jari.

Tiramisumenyerlahkan rasa manis pahit berlemak.

3. Tiramisu

Walaupun sudah lama wujud, tiramisu merupakan antara hidangan yang menjadi buah mulut ramai di media sosial.

Apa yang membuatkan ia trending semula adalah konsep kreatif penyajiannya di beberapa kafe, seperti cara 'cedok' menarik perhatian.

Bukan itu sahaja, kombinasi biskut ladyfingers, espresso, mascarpone, dan serbuk koko, menjadikan setiap gigitan penuh rasa pahit kopi yang seimbang dengan kelembutan krimnya.

Mochi dihidangkan dalam pelbagai rupa.

4. Mochi

Mochi yang kita kenal adalah pencuci mulut dari Jepun berbentuk bulat kecil, bertekstur kenyal dan diisi inti dalam kuantiti kecil.

Namun, di Malaysia ia berbeza, mochi dihasilkan dalam bentuk bulat besar, diisi aiskrim atau cream cheese dan buah-buahan segar.

Ada juga mochi yang digunakan sebagai lapisan cheesecake, memberikan kelainan dari segi rasa dan persembahan.

Gabungan matcha dan susu strawberry cukup seimbang.

5. Matcha

Meskipun rasanya sedikit unik , matcha menjadi antara minuman kegemaran ramai pada tahun ini.

Diperbuat daripada serbuk matcha berkualiti dicampur susu biasa atau berperisa kemudian gula ditambah mengikut citarasa.

Rasa earthy dan pahit berpadu dengan manis lembut, menjadikannya minuman yang bukan saja menyegarkan tetapi estetik.

Gabungan topping istimewa seperti kacang panggang, kari mahupun sos Bolognese menambahkan kesedapan.

6. Spud potato

Berasal dari Britain, spud potato mula viral pada awal tahun lalu kerana variasi dan keunikan rasanya. 

Kentang russet digoreng, direbus, atau dibakar, kemudian ditambah keju mozarella, bersama garam dan lada hitam.

Gabungan topping istimewa seperti kacang panggang, kari mahupun sos Bolognese, menambahkan lagi kelazatan.

Chicken tender digemari kerana tekstur rangup di luar dan juicy di dalam.

7. Chicken tenders

Chicken tender menjadi antara kudapan kegilaan ramai kerana tekstur garing di luar dan juicy di dalam.

Rasanya bertambah sedap apabila dicicah dengan sos bawang putih berlemak atau garlic ranch. 

Ringkas, mudah dinikmati, dan sangat sesuai untuk hidangan santai.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Viral

Sushi Push Pop jadi fenomena di New York, disajikan dalam bekas silinder

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Viral

Bonsha jadi kegilaan... Tak salah mencuba, ada risiko kesihatan perlu diambil peduli 

Terhangat