info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Pikat selera si kecil sukar makan nasi, mak-mak boleh cuba buat mi bayam untuk anak

Lead Image

ANAK susah makan sayur atau sukar nak disuap nasi? Jangan cepat putus asa kerana ibu bapa boleh cuba pelbagaikan kaedah penyediaan makanan supaya si kecil lebih tertarik untuk makan.

Seorang pengguna Threads berkongsi resipi membuat mi menggunakan bayam dan telur, bukan sahaja ringkas malah mesra kanak-kanak.

Menurutnya, mi buatan itu mempunyai tekstur kenyal dan kaum ibu boleh mekilih sama ada mahu menyediakannya secara goreng atau sup.

“Anak tak suka makan sayur, nasi pun susah. Cuba resipi mi ini.

“Resipi buat sendiri mi menggunakan bayam dan telur, ringkas dan mesra selera kanak-kanak,” kongsinya.

Penggunaan bahan-bahan untuk membuat mi juga mudah dan selamat.

Bahan-bahan

  • 100g tepung kentang 
  • 120g tepung ubi kayu 
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 130ml air bayam (rebus segenggam bayam sehingga lembut, tapis serat)
  • Garam secukup rasa

MENARIK DIBACA: Bosan dengan carbonara dan bolognese, kena cuba resipi spageti tomyam berkrim

MENARIK DIBACA: Tukar menu sihat buat anak-anak cuti sekolah ini, resipi nuget pisang sihat dan menyelerakan

Langkah penyediaan

  1. Masukkan tepung kentang dan tepung ubi kayu, minyak dan pecahkan telur ke dalam mangkuk adunan.
  2. Masukkan garam dan perasa secukupnya.
  3. Tuangkan air bayam sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil dikacau.
  4. Gaul sehingga adunan menghasilkan tekstur yang kenyal dan sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam beg plastik makanan dan gunting atau tebuk satu lubang kecil pada bahagian hujung.
  6. Sementara itu, panaskan air dalam periuk sehingga mendidih.
  7. Picit adunan daripada beg plastik terus ke dalam periuk berisi air mendidih untuk membentuk mi.
  8. Apabila mi sudah terapung, angkat dan masukkan ke dalam air sejuk seketika.
  9. Toskan mi dan mi 'homemade' bayam sedia untuk dimasak atau dihidangkan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Tteokbokki 'homemade' ala Korea mudah je nak buat, dah tak payah beli!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Kawan Cina kongsi teknik masak ikan stim kicap, wajib ada 4 bahan penting! Jadi 'sebiji' macam restoran

Terhangat