info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Kawan Cina kongsi teknik masak ikan stim kicap, wajib ada 4 bahan penting! Jadi 'sebiji' macam restoran

Lead Image

IKAN kukus kicap (soy steamed fish) yang sinonim dengan masakan kaum Cina sememangnya mempunyai peminat tersendiri.

Isi ikan lembut dan manis apabila digabungkan dengan kuah kicap aroma harum memang boleh bangkitkan selera makan.

Nampak ringkas dan sering dianggap mudah disediakan, ramai mengakui sukar sebenarnya untuk mendapatkan rasa kuah kicap asli seperti mana disajikan di restoran Cina Muslim.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang wanita dikenali sebagai Ayu Amira tampil membongkarkan resipi rahsia di sebalik kelazatan hidangan popular ini.

Menurutnya, resipi tersebut diperolehi terus daripada rakannya yang berbangsa Cina. 

Katanya, jika mahu kuah ikan kukus kicap terasa lebih mantap dan 'menjadi', empat bahan utama ini wajib ada dan tidak boleh ditinggalkan!

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Antara bahan-bahan yang digunakan dalam masakan.

Bahan-bahan

  • Ikan bawal
  • Sedikit minyak masak (untuk dicurahkan di akhir hidangan)
  • 4 sudu besar kicap soya cair
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar gula
  • 5 titis minyak bijan
  • Serbuk lada sulah Thai 

MENARIK DIBACA: Pernah jadi makanan unik, netizen kongsi pengalaman makan telur penyu - “Macam hingus lembik”

MENARIK DIBACA: Ramai 'menekan-nekan' minta resipi, wanita kongsi cara buat sos ala Kewpie!

Cara penyediaan

  1. Bersihkan ikan dan kukus sehingga masak sepenuhnya. Setelah siap ketepikan terlebih dahulu.
  2. Masukkan kicap soya cair, sos tiram, gula, minyak bijan dan serbuk lada sulah Thai ke dalam periuk kecil.
  3. Panaskan semua bahan sos di atas api perlahan. Kacau sentiasa sehingga gula hancur dan sejati.
  4. Tuangkan kuah kicap yang telah dimasak tadi secara merata ke atas ikan yang telah siap dikukus.
  5. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali berasingan sehingga betul-betul panas. Kemudian, tuangkan minyak panas itu secara terus ke atas ikan dan kuah kicap tadi.
  6. Hidangan ikan kukus kicap ala restoran Cina siap untuk dinikmati bersama nasi panas!
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Pikat selera si kecil sukar makan nasi, mak-mak boleh cuba buat mi bayam untuk anak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Cara buat sos lada hitam 'terangkat', gula Melaka rahsia 'kaw'!

Terhangat