Resipi masak lemak taugeh ala kampung, campur kuning telur masin lagi terangkat!
JIKA anda mencari menu ringkas ala masakan kampung yang tidak memerlukan banyak bahan, resipi oleh pempengaruh masakan Puan Nurul ini pasti menjadi pilihan.
Lauk taugeh dengan tauhu dan telur masin ini bukan sahaja mudah disediakan, malah sesuai dinikmati bersama nasi putih panas.
Gabungan taugeh rangup, tauhu lembut serta lemak kuning telur masin menjadikan resipi ini cukup menyelerakan walaupun menggunakan bahan-bahan ringkas.
Apa tunggu lagi, jom cuba resipi ini di rumah.
MENARIK DIBACA: Kajian buktikan makan pedas panjangkan hayat, kurangkan risiko kanser dan diabetes
MENARIK DIBACA: Pemilik Sugar and I hampir putus asa, bomboloni jadi ‘penyelamat’ ketika pandemik
Bahan-bahan
- Taugeh
- Telur masin (kuning sahaja)
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili merah
- Ikan bilis
- Tauhu putih
- Daun kucai
- Garam
- Serbuk ikan bilis
- Santan
- Air
Langkah penyediaan
- Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris, kemudian masukkan ikan bilis.
- Masukkan tauhu dipotong dadu, daun kucai dan taugeh.
- Perasaan dengan garam dan serbuk ikan bilis secukupnya, kemudian tambahkan sedikit air.
- Tuangkan 1 kotak kecil santan dan masukkan kuning telur masin.
- Kacau sehingga sebati dan siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!