KUALI | Tip & Trik

Nampak bersih tapi banyak kuman, ada tip cuci lesung batu

Lead Image

JANGAN ingat perkakas dapur baharu dibeli selamat dan boleh terus digunakan.

Walaupun nampak bersih, namun ada perkakas perlu dicuci dengan betul bukan sekadar menggunakan air dan sabun.

Seperti lesung batu misalnya yang tampak bersih, namun hakikatnya terdapat kotoran yang melekat ketika proses pembuatannya.

Hampas kelapa dan garam kasar juga boleh digunakan untuk mencuci lesung batu baharu.

Selain mencuci alat penumbuk tradisional itu dengan air dan sabun, terdapat cara lain boleh dibuat untuk memastikan lesung batu baharu benar-benar bebas daripada kotoran.

Caranya dengan menggunakan beras. Jom Kuali kongsikan tip mencuci lesung batu baharu supaya lebih bersih dan selamat untuk digunakan.

MENARIK DIBACA: Wanita putus selera dapat ‘onion ring’ kecut, minta penjual ikhlas berniaga

MENARIK DIBACA: Hanya sembur 3 kali sehari, toner DIY cengkih dan air beras bantu serikan wajah

Cara bersihkan lesung batu baharu

  • Rendam lesung batu di dalam air paip selama semalaman.
  • Selepas direndam semalaman, ambil satu sudu beras dan tumbuk di dalam lesung yang masih basah.
  • Tumbuk beras sehingga hancur dengan menggunakan alu (anak lesung) sehingga kena pada semua bahagian dalam lesung.
  • Dapat dilihat beras ditumbuk akan bertukar warna menjadi seperti warna lesung batu. Ini menandakan kotoran dan serbuk batu pada permukaan lesung telah keluar.
  • Bilas lesung batu sehingga bersih dan boleh digunakan.
Lesung batu merupakan alatan tradisional yang digunakan untuk menumbuk bahan masakan.

Selain menggunakan beras, anda juga boleh menggunakan hampas kelapa parut untuk membersihkan lesung batu baharu.

Caranya dengan menggosokkan hampas kelapa ke seluruh permukaan dalam lesung dan anak lesung untuk mengangkat sisa halus.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan garam kasar dengan cara menumbuk atau menggosok dengan kuat pada lesung batu untuk membuang kotoran.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Tak tumis bawang pun tetap sedap, Martha Stewart kongsi rahsia masak pasta cara orang Itali 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Hanya sembur 3 kali sehari, toner DIY cengkih dan air beras bantu serikan wajah

Terhangat