KUALI | Tip & Trik

Tak payah guna minyak, ini cara buat bawang goreng rangup dan sihat

Lead Image

BAWANG goreng sering menjadi pelengkap penting dalam pelbagai hidangan seperti nasi lemak, bubur, sup dan mi. 

Namun kebiasaannya penghasilan bawang goreng memerlukan minyak banyak dan menjadikan penyedap hidangan ini kurang sihat jika diambil secara berlebihan. 

Sebenarnya, ada cara mudah boleh hasilkan bawang goreng tanpa minyak tetapi memiliki kerangupan maksimum bahkan enak diratah begitu sahaja. 

Bawang goreng antara penghias hidangan menjadi kegemaran.

Antara kunci utama untuk menghasilkan bawang goreng tanpa minyak adalah pemilihan bawang merah yang betul merah bersaiz sederhana kerana kandungan air seimbang bahkan mudah garing apabila dipanaskan.

Ada lagi rahsia lain untuk menghasilkan bawang goreng tanpa minyak dan berikut adalah cara penyediaan boleh diikuti: 

Bawang goreng bersaiz sederhana lebih sesuai dijadikan bawang goreng.

Hiris nipis dan sekata 

Selain pemilihan saiz bersesuaian, hirisan bawang juga memainkan peranan dalam menghasilkan bahan ini yang rangkup. 

Hirisan bawang nipis dan sekata memudahkan proses pengeringan dan menjadikan ia rangup walaupun digoreng tanpa minyak.

Rendam bawang dihiris halus dalam air suam sebelum memulakan proses menggoreng tanpa minyak.

Rendam dalam air suam 

Selepas dihiris, bawang boleh direndam seketika dalam air suam selama 15 minit. 

Cara ini membantu mengurangkan rasa pedih serta mengeluarkan lebihan kanji, sekali gus menjadikan bawang lebih cantik dan tidak mudah hangus.

Jika guna kuali, goreng bawang menggunakan api kecil sehingga bertukar warna keperangan.

Boleh guna ketuhar, air fryer atau kuali

Bagi proses memasak, adalah lebih mudah menggunakan ketuhar. 

Susun hirisan bawang di atas dulang pembakar dialas kertas pembakar, kemudian bakar pada suhu rendah sekitar 150 darjah celcius selama 30 minit sambil dikacau sekali-sekala.

Boleh juga gunakan air fryer dengan ketetap suhu antara 140 darjah Celsius hingga 160 darjah Celsius dan masak 20 minit sehingga bawang bertukar keperangan.

MENARIK DIBACA: Ada 5 petua pilih bawang, penentu keenakan masakan

MENARIK DIBACA: Elak melekat dan lembik, rebus mi laksa pun ada teknik

Jika mahu guna kuali, boleh sangai tanpa minyak tetapi pastikan api kecil dan kacau secara berterusan supaya bawang kering perlahan-lahan tanpa hangus.

Perhati perubahan warna kerana khuatir bawang mudah bertukar menjadi lebih gelap selepas dikeluarkan daripada haba. 

Simpan dalam bekas kedap udara agar bawang goreng kekal segar dan rangup.

Simpan dalam bekas kedap udara

Biarkan bawang sejuk sepenuhnya sebelum disimpan. Proses penyejukan ini akan menjadikan bawang lebih rangup secara semula jadi tanpa perlu sebarang minyak tambahan.

Simpan bawang goreng tanpa minyak dalam bekas kedap udara dan letakkan di tempat kering agar dapat tahan lebih lama dan sihat.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Sama tapi tak serupa, warna cili benggala berbeza rasa dan tekstur

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Hanya 2 ulas bawang putih, cili tahan lebih lama dalam peti sejuk

Terhangat