KUALI | Video

Wajib singgah ke Abang Long Nasi Lemak, lauk harimau menangis paling laris

NASI lemak memang hidangan kegemaran ramai apatah lagi apabila dimakan sebagai makan malam.

Sejak sampai, mata sudah ‘dijamu’ dengan pelbagai lauk yang tersusun kemas di kaunter, cukup untuk buat perut lapar berganda.

Antara signature yang wajib dicuba ialah daging harimau menangis, paru sambal crispy, rendang kerang, dan sotong goreng crispy. 

Gabungan nasi lemak dan lauk-pauk dimasak penuh rempah membuatkan setiap suapan terasa kaya dengan perisa. 

Lokasi: Nasi Lemak Abang Long, Lorong Keramat 18, Kampung Datuk Keramat

Waktu operasi : Setiap Selasa-Ahad (6 petang - 2 pagi)

Tonton video penuh di YouTube Kuali. 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok dan Facebook

Video Popular