Baki nasi semalam keras tapi tak basi, panaskan guna tip ini agar lembut semula
PERASAN tak, baki nasi semalam selalunya akan jadi keras dan kering?
Nak buang sayang pula sebab belum basi, tapi kalau ditambah air lain pula teksturnya nanti.
Menerusi perkongsian @kakwankawan, nasi yang keras masih boleh dilembutkan semula dengan hanya menggunakan ketulan ais.

“Jangan tambah air nanti nasi makin lembik. Masukkan je ketulan ais pada permukaan nasi.
“Tutup dengan penutup periuk dan panaskan semula selama beberapa minit,” ujarnya.
Haba daripada periuk akan mencairkan ais dan menghasilkan wap yang membantu melembapkan nasi.
MENARIK DIBACA:Nasi lembik jangan terus buang! Boleh diselamatkan hanya guna roti putih
MENARIK DIBACA:Wanita ditegur sebab masak nasi, telur serentak - "Mak aku meninggal sebab salmonella"
Hasilnya, nasi yang asalnya keras dan kering boleh menjadi lebih lembut selepas dipanaskan semula.
Bagaimanapun, tempoh pemanasan bergantung pada jumlah nasi dan jenis periuk yang digunakan.
Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian, nasi yang tidak habis dimakan sebaiknya disimpan dalam peti sejuk dalam tempoh dua jam selepas dimasak bagi mengelakkan risiko keracunan.