Pasangan TTC perlu tahu bagaimana kafein mempengaruhi usaha dapat zuriat
SELAIN rawatan kesuburan dan pemantauan waktu subur, aspek pemakanan juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang untuk hamil.
Antara perkara sering dipandang ringan adalah pengambilan kafein secara berlebihan, terutama bagi mereka gemar minum kopi, teh atau minuman tenaga setiap hari.
Menerusi perkongsian di Threads, Marissa Mediclinic Plus Damansara menjelaskan mengenai TTC (trying to conceive) atau ikhtiar untuk hamil serta kesan pengambilan kafein terhadap peluang kehamilan.
Menurutnya, kafein ialah bahan stimulan yang terdapat dalam kopi, teh, coklat, minuman tenaga dan juga minuman berkarbonat.

Secawan kopi mengandungi sekitar 80 hingga 100 miligram (mg) kafein, teh sekitar 40mg hingga 50mg, manakala minuman tenaga boleh mencecah 80mg hingga 150mg.
Coklat pula mengandungi sekitar 20mg hingga 40mg kafein bergantung kepada jenis dan kuantiti diambil.
MENARIK DIBACA: Saintis beri amaran jangkitan virus baharu dari 'seafood', mangsa alami sakit mata kronik
MENARIK DIBACA: Ayam ungkep sama tapi tak serupa rendang... Keenakannya bikin tersandar lepas makan
Berikut adalah kesan kafein terhadap proses TTC:
1. Pengambilan berlebihan boleh memberi kesan terhadap sistem reproduktif lelaki dan wanita.
2. Antara kesan utama adalah gangguan terhadap hormon reproduktif seperti estrogen menyebabkan proses ovulasi terganggu sekali gus menjejaskan peluang untuk hamil.

3. Pengambilan kafein tinggi boleh mengurangkan peluang implantasi, iaitu proses penting apabila embrio melekat pada dinding rahim selepas persenyawaan berlaku.
4. Kafein juga dikaitkan dengan peningkatan risiko keguguran awal, khususnya pada peringkat awal kehamilan masih sensitif.

5. Kualiti ovum dan sperma boleh terjejas sekiranya pengambilan kafein tidak dikawal, memberi kesan kepada peluang persenyawaan sihat.
6. Bagi pasangan sedang TTC dan wanita pada awal kehamilan, jumlah kafein disarankan tidak melebihi 200mg sehari, bersamaan satu cawan kopi biasa.
7. Hadkan pengambilan kafein, memilih alternatif seperti kopi tanpa kafein (decaf) atau lebih banyak minum air kosong.
Selain itu, minuman tenaga sebaiknya dielakkan dan gaya hidup sihat seperti tidur cukup serta pemakanan seimbang perlu dijadikan amalan harian bagi membantu meningkatkan peluang kehamilan.