info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Jangan buang, kurma kering boleh dijadikan pes ganti gula... Bancuh kopi pun sedap

Lead Image

KURMA sebenarnya tidak terhad dijadikan makanan sebelum berbuka puasa atau makanan waktu sahur sahaja, sebaliknya buah ini boleh dimanfaatkan dalam pelbagai resipi harian.

Seorang wanita dikenali sebagai Norida Abdul Rashid mencuri perhatian selepas berkongsi tip mudah tetapi berguna untuk mengelakkan pembaziran kurma jenis ajwa yang sudah kering dan keras.

“Jangan membazir. Ada sebekas kurma ajwa, dah agak kering dan keras, kita basuh bersih-bersih, buang biji.

“Rendam dengan air bersih sekitar 30 minit. Kisar sampai hancur guna air rendam tu.

“Lepas tu masak sampai pekat dan simpan dalam peti ais,” kongsinya di Threads.

MENARIK DIBACA: Cari segera 2 minuman ini jika seseorang terkena strok haba

MENARIK DIBACA: Gigih giling cili, sambal ikan bilis Villatic Foods buat orang Malaysia terliur

Menurutnya lagi, hasil kisaran kurma tersebut bukan sahaja boleh disimpan lama, malah boleh digunakan dalam pelbagai cara mengikut kreativiti masing-masing.

“Saya guna untuk bancuh kopi. Boleh juga buat jem sebab elok je likat.

"Bancuh buat air kurma pun boleh, ikut pada kreativiti masing-masing, yang pasti jangan dibuang,” katanya.

Perkongsian itu ternyata menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang rata-rata memuji usaha tersebut kerana bukan sahaja menjimatkan, tetapi juga membantu mengurangkan pembaziran makanan.

“Buat cookies pun sedap, cake pun sedap. Tak perlu gula. Lebih lagi kalau ada anak kecil.

“Suka dan saya suka kumpul biji kurma untuk disangai menjadi pengganti kopi. Lebih sedap rasanya. 

“Buat Sticky Toffee Pudding. Sedap!” antara komen netizen.

Dalam keadaan harga makanan semakin meningkat, isu pembaziran makanan kembali menjadi perhatian ramai termasuklah perkongsian cara kreatif menggunakan semula lebihan makanan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Buat masker guna lobak merah, tepung jagung... Rahsia kulit cerah secara semula jadi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Ramai kongsi petua tanam pokok kunyit, rahsia tumbuh subur! Betul ke tak boleh dimanjakan ?

Terhangat