info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Isi udang untuk diri sendiri, isteri dapat kepala! Gelagat suami siapkan bekal buat ramai terhibur

Lead Image

SUAMI isteri berkongsi makanan dalam satu bekas mungkin perkara biasa, tetapi cara seorang lelaki menyediakan bekal untuk isterinya membuatkan ramai terhibur.

Menerusi perkongsian seorang wanita, dia menceritakan gelagat suaminya menyediakan bekal makanan untuk mereka berdua.

Menurut wanita itu, suaminya mempunyai cara tersendiri ketika membahagikan lauk kerana masing-masing mempunyai makanan kegemaran dan yang tidak digemari.

Bekal makanan disediakan suami buat isterinya mengundang gelak apabila lauk dibahagikan mengikut makanan tidak digemarinya. Gambar AI

“Pagi-pagi lagi terhibur dengan suami saya. Hari ini dia (suami) susun bekal untuk kami.

“Jadi, tengok suami saya buat macam mana. Disebabkan dia tak makan sotong sambal, dia bagi saya sotong, dia ambil kuah.

“Dia tak makan kepala udang, jadi dia ambil isi, saya ambil kepala. Saya tak boleh macam ini,” cerita wanita berkenaan di Threads.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian apabila ramai terhibur dengan cara pasangan itu ‘bertukar’ bahagian makanan tidak digemari masing-masing.

MENARIK DIBACA: Hanya 2 ulas bawang putih, cili tahan lebih lama dalam peti sejuk

MENARIK DIBACA: Kena cuba resipi pasta ayam pesto basil, sedap dan mengenyangkan!

Ada yang berseloroh menyatakan wanita itu tetap ‘beruntung’ kerana mendapat sotong, tetapi pada masa sama terpaksa menerima kepala udang yang tidak dimakan suaminya.

“Suami awak pun tergamak sungguh bagi kepala udang. Apa yang ada dalam fikiran suami awak.

“Konsep dia, awak dapat sotong, tak perlu udang. 

Komen netizen.

“Gelak besar saya baca. Sampai hati beri isteri kepala udang. Nasib awak masak lauk berbeza, kalau tidak dapat kepala udang saja.

“Paling penting usaha suami awak asingkan kepala udang dengan sotong. Gigih betul suami awak," antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Formula 1 Sepang: Nasi lemak telur goreng harga RM35 jadi perhatian

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Bil hampir RM6,000 belum bayar, pelanggan tinggalkan restoran gara-gara staf lembab

Terhangat