Wanita dakwa pekerja spa guna penyagat keju kikis kulit mati, tumit luka lepas buat rawatan kuku
HASRAT seorang wanita untuk memanjakan diri dengan membuat rawatan kuku dan kaki bertukar menjadi mimpi ngeri apabila tumit kakinya luka dan melecet, didakwa akibat dikikis menggunakan alat penyagat keju.
Menerusi perkongsian di Threads, wanita tersebut berkata kejadian berlaku ketika dia mengunjungi sebuah spa kecantikan untuk mendapatkan rawatan kaki.
Menurutnya proses rawatan kelihatan normal sehinggalah tiba giliran bahagian tumit kakinya hendak dibersihkan.

"Reaction muka aku bila tengok dia keluarkan penyagat cheese," tulisnya.
Akibat dikikis menggunakan alat yang menyerupai penyagat keju, wanita berkenaan mendakwa tumitnya terluka dan melecet.
MENARIK DIBACA: Buat baja organik guna sisa ikan bilis! Tanaman subur, tomato dan cili 'meriah' di pokok
MENARIK DIBACA: 'Order' sendiri-sendiri, pemuda bengang kawan suruh bayar bil sama rata - "Aku makan RM16 je"
Lebih mengecewakan, dia terpaksa membayar kos keseluruhan rawatan tersebut berjumlah RM155, namun pulang dengan kecederaan.
Kisah itu menarik perhatian ramai warganet yang rata-ratanya terkejut dan mula mempersoalkan aspek keselamatan serta SOP spa, juga peralatan yang digunakan di pusat kecantikan.
"Tak profesional langsung, kenapa guna benda tu kalau ada alat khas untuk pedicure.
"Ingat parmesan cheese ke nak sagat macam tu.
"Ya Allah betul ke dia guna penyagat cheese?" komen beberapa netizen.

Bagaimanapun, seorang pengamal industri kecantikan dan individu yang biasa melakukan rawatan pedicure tampil memberikan penjelasan.
Ujarnya, alat tersebut bukanlah penyagat makanan dari dapur, sebaliknya ia adalah 'foot file' atau 'pedicure rasp' keluli tahan karat yang memang direka khas untuk membuang kulit tebal (kalus) di kaki.
Walaupun ia alat kosmetik yang sah, bilah mikro pada alat tersebut sangat tajam.
Sekiranya pekerja spa kurang berpengalaman, menekan terlalu kuat, atau menggunakannya pada kulit yang nipis, ia boleh bertindak seperti pisau dan menghiris kulit sihat.