Kuih talam Tokyo sedap, tapi sering dituduh 'scammer' gara-gara seri muka
NAMPAK sahaja kuih berwarna hijau dengan lapisan putih di bahagian bawah, ramai terus menyangka ia kuih seri muka.
Bagaimanapun, jangan tertipu dengan warna rupanya kerana ada kuih lain yang kelihatan hampir sama dengan seri muka tetapi mempunyai tekstur dan rasa berbeza.
Itulah pengalaman seorang pengguna Threads yang mengakui dirinya ‘tertipu’ selepas makan sejenis kuih yang disangka seri muka.

Menurutnya, selepas gigitan pertama barulah dia menyedari bahagian bawah kuih tersebut sebenarnya sagu, bukannya pulut.
“Sesungguhnya kuih ini adalah 'scammer'. Selalu salah ambil sebab sangkakan seri muka, sekali dia bukan.
“Apa nama kuih ni sebenarnya?” soalnya.
MENARIK DIBACA: Urum enak dari Sarawak antara kuih tradisional paling senang nak buat
MENARIK DIBACA: Cara tradisional guna inti kelapa, kuih ketayap versi moden tampil dengan isi coklat
Hantaran tersebut mencuri perhatian netizen yang tahu kuih berkenaan merupakan talam Tokyo.
Bagaimanapun ramai juga netizen mengakui pernah ‘kena scam’ kerana rupa kuih tersebut seakan-akan seri muka.
Ada juga yang berkongsi tentang keenakan talam Tokyo malah dikatakan lebih menyelerakan dengan tambahan lapisan gula Melaka.

“Talam Tokyo... lagi sedap daripada seri muka bagi saya. Ada dua layer, gula Melaka dan pandan lagi sedap,” kongsi seorang netizen.
Untuk info, talam Tokyo menggunakan sagu, kelapa parut dan santan, manakala bahagian hijaunya pula menggunakan bahan berasaskan pandan yang memberikan warna serta aroma tersendiri.
Berbeza dengan seri muka yang mempunyai lapisan pulut di bahagian bawah, tekstur sagu dalam talam Tokyo memberikan rasa yang lebih kenyal apabila dimakan.