info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Chef Wan kecewa berkali-kali tegur, MAS tak perbaiki kualiti makanan

Lead Image

KUALITI makanan bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan, apatah lagi ia melibatkan imej serta identiti negara.

Perkara ini turut mendapat perhatian cef selebriti, Datuk Chef Wan yang meluahkan rasa kecewa selepas menikmati roti jala ketika dalam penerbangan ke Pulau Pinang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Menurut Chef Wan atau nama lengkapnya Datuk Redzuawan Ismail, hidangan tersebut terlalu kering sehingga tidak mampu untuk dimakan.

Took this for sarapan onboard just now. Cannot eat as it's so dry. Tak tahu la tepung apa mereka guna atau sukatan tak betul for MAS catering ini.

“It's obvious from the last trip I had even till today they have not rectified to further improve the roti jala or just don't care?” tulisnya di media sosial pada Selasa.

 

Chef Wan harap aspek kawalan kualiti makanan diberi perhatian bagi memastikan hidangan disajikan kepada penumpang menepati piawaian.

Chef Wan dalam masa sama meminta pihak MAS supaya memberi lebih perhatian terhadap aspek kawalan kualiti bagi setiap hidangan yang disediakan kepada penumpang.

“Macam mana la nak improve quality makanan negara kita juga jika MAS the first gateway into this country themselves produced such poor quality food?

“Sayang tak boleh makan dan saya pulangkan balik macam tu juga. What a waste.

“I told the cabin crew why the roti jala macam ni, she said to me, ‘Oh ya ke?’ with a grin. That it,” luahnya,  kesal.

Menurut Chef Wan, dia percaya bukan dirinya seorang pernah berdepan pengalaman sedemikian ketika menikmati makanan dalam penerbangan MAS.

Imagine I am not just the only one that has experienced this a few times. I am sure ramai lagi pun sama.

“Bila kita nak support our national carrier rasa macam tak adil kepada mereka. Dah support, ini pula jadi pada makanan kita," tegas cef popular itu.

MENARIK DIBACA: Rumah tiada bau kucing lepas DIY pewangi natural, rebus 6 bahan dapur selesai masalah!

MENARIK DIBACA: Ejen susu pisang dakwa ‘bergelut’ nak habiskan stok, kini cuma harap ‘balik modal’

Dalam perkongsian sama, Chef Wan menegaskan penumpang yang membayar harga tiket penerbangan tinggi sewajarnya menerima hidangan makanan berkualiti.

We pay for such expensive tickets and we deserve to also have a decent food onboard our flight,” kongsinya lanjut.

Beri penekanan pada kualiti makanan 

Mengambil contoh pengurusan makanan di premis miliknya, Chef Wan berkata setiap aduan berkaitan kualiti makanan diberi perhatian serius dan akan diperbaiki sehingga mencapai tahap ditetapkan.

“Saya punya pasembur di Cafe Chef Wan (CW) terlebih asam pun berhari-hari saya kerahkan my group executive chef, our head chef dan Malay restaurant chef untuk redo dan R&D (Research and Development) macam-macam recipes kuah pasembur to finally get what I feel is the best and approved their SOP (Standard Operating Procedure) recipe.

“Mi rebus selalu manis dan soto ayam kurang rempah pun saya suruh mereka masuk central kitchen to check ini semua.

“Sebab banyak tangan involve in all this master recipes, so we should go down to the source and rectify those problems ASAP (As Soon As Possible),” jelas cef kesayangan ramai itu.

Tak mahu francais rosakkan kualiti makanan

Berkongsi pengalaman menguruskan perniagaan makanan, Chef Wan berkata kawalan kualiti juga menjadi cabaran apabila sesebuah premis dikendalikan pihak lain menerusi sistem francais.

Menurutnya, beliau sering menerima aduan berkaitan kualiti makanan di Cafe CW di Bertam Resort yang dikendalikan pihak hotel.

“In my last board meeting pun saya tengok selalu ada complaint at our Cafe CW di Bertam Resort.

As we franchise to the hotel and mereka manage for us, susah nak jaga quality as those chefs at that hotel tak prihatin on our SOP menu,” ujarnya.

Susulan itu, Chef Wan berkata beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi memberi francais makanan miliknya kepada mana-mana pihak sekiranya perkara tersebut boleh menjejaskan reputasinya.

I told my Chairman from now onwards I am not franchising my food to anymore outlet that will destroy my name.

Hidangan roti jala dikongsi Chef Wan menerusi media sosial ketika dalam penerbangan ke Pulau Pinang.

I am tired of giving them warning dan segala teguran dan tunjuk ajar,” jelasnya lagi.

Malah, beliau menegaskan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan selepas tamat tempoh perjanjian penyewaan premis berkenaan.

After tenancy agreement habis, either we manage them ourselves or we close it for good! We have to look into the masalah.

“Jika tak mahu dengar cakap, tutup!” tegasnya.

Sebelum ini, Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail pernah memuat naik satu hantaran meluahkan kekecewaan terhadap hidangan roti jala yang disajikan dalam penerbangan MAS dari Singapura.

Beliau menyifatkan roti jala itu terlalu tebal dan padat, malah tidak menyerupai roti jala seperti kebiasaannya.

Lebih mengecewakan, hidangan tersebut disajikan di kelas perniagaan dengan harga tiket sekitar RM3,500.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Kedai tiada sijil halal, tapi ada label ‘no pork, no lard’... Boleh ke pelanggan Muslim makan?

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Anak tikus terkapai-kapai dalam mi, pelanggan buat laporan

Terhangat