info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Pergi pasar raya, lelaki terkejut lihat harga buah dari Jepun! Persoal keistimewaan, siapa selalu beli

Lead Image

"SIAPA sebenarnya yang selalu beli buah kat Isetan ni?"

Itulah persoalan seorang lelaki selepas melihat paparan harga buah-buahan yang diimport dari Jepun di rak sebuah pasar raya di Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian di Threads, lelaki berkenaan berasa terkejut melihat harga buah-buahan yang dijual, malah tertanya-tanya siapakah pelanggan yang sanggup membelinya.

Tidak dinafikan, buah-buahan yang diimport dari Jepun mempunyai kualiti yang baik dan harganya juga dikatakan sepadan dengan kualiti ditawarkan.

Bagaimanapun tidak semua orang mampu membeli buah-buahan pada harga sedemikian.

"Weh sumpah nak tahu, siapa sebenarnya yang selalu beli buah kat Isetan ni? Korang beli sebab memang kaya, buat hantaran, ke ada rahsia lain?

"Ke aku je yang 'marhaen' sangat bila tengok harga dia?" tulisnya.

Antara buah-buahan import dari Jepun yang dijual di sebuah pusat beli belah Kuala Lumpur dan dikatakan harganya mahal.

Menurut perkongsian gambar yang tular itu, antara harga yang mencuri perhatian ialah buah 'peach' merah yang dijual pada harga RM380 untuk tiga biji.

Manakala, anggur Jepun pula dijual pada harga RM344.70, Japan Momo RM107.80 dan anggur hijau pula RM199.90.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan netizen yang rata-rata terkejut melihat harga berkenaan.

MENARIK DIBACA:  "Setahun tak minum ais, perut dia flat" - Wanita kagum kesan disiplin pantang lepas bersalin

MENARIK DIBACA: Ramai 'menekan-nekan' minta resipi, wanita kongsi cara buat sos ala Kewpie!

Ada yang mengakui walaupun mempunyai wang, mereka tetap tidak sanggup berbelanja terlalu mahal hanya untuk buah.

"Apa-apa barang dari Jepun memang mahal dan saya takkan beli kalau harganya terlalu mahal walaupun ada duit untuk membelinya," komen salah seorang warganet.

Bagaimanapun, ada juga yang mengakui harga tersebut sepadan dengan kualiti buah yang ditawarkan.

Antara komen di Threads.

"Macam ni, yang dari Jepun semua 'original' jadi memang mahal. Yang biasa kita tengok murah tu dari China. Macam Shine Muscat tu beli murah punya kadang gemuk-gemuk tapi masam!

"Walaupun kita yang earning in £ ni pun still think this is not worth the price. Tak ada nak spend £50 for some grapes. Target market dia just Japanese yang tinggal kat KL kot, diaorang je yang rajin-rajin beli buah mahal-mahal macam ni buat buah tangan.

"Saya pernah beli buah rock melon RM80++ dekat Isetan. Kira antara yang murah kat situ. Saja buat gila nak rasa ada beza ke buah T20 dengan buah B40 pasar malam. Well, it's my adult money after all.

“Ya, sangat-sangat berbeza. Manis, juicy, rangup, sedap. Setakat ini tak pernah lagi jumpa buah sesedap tu. Kalau ada rezeki lebih nak beli lagi,” antara komen warganet.

Tak kurang juga, terdapat netizen yang memberikan pandangan mengapa hasil pertanian dari Jepun boleh dijual pada harga tinggi.

"Produk pertanian dari Jepun memang sengaja dibuat high end. Kerana Jepun tak ada tanah yang luas untuk pertanian. Geografinya banyak gunung-ganang.

"Jadi untuk memaksimumkan keuntungan di saat tanah yang terhad, Jepun gunakan teknologi untuk hasilkan produk pertanian high end. Jual produk high end di tempat high end. Harga pun jadi high end kuasa dua.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Lebih satu dekad operasi, The Baker’s Son akhirnya terima sijil halal Jakim

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Ejen susu pisang dakwa ‘bergelut’ nak habiskan stok, kini cuma harap ‘balik modal’

Terhangat