Pernah jadi makanan unik, netizen kongsi pengalaman makan telur penyu - “Macam hingus lembik”
ADA yang pernah makan kerana mahu tahu rasanya dan ada pula hanya mencuba sekali sebelum terus serik.
Begitulah pengalaman netizen mengenai telur penyu yang pernah dijual dan pernah dimakan generasi terdahulu.
Masing-masing mempunyai pengalaman tersendiri, malah ada yang masih ingat tekstur dan rasa telur berkenaan sehingga hari ini.
Menurut perkongsian seorang wanita di Threads, dia meluahkan rasa bangga kerana tidak pernah makan telur penyu.
Dalam perkongsian tersebut, dia turut menyeru orang ramai supaya tidak makan telur haiwan itu bagi mengekalkan spesisnya.

"Sebagai anak kelahiran Terengganu, saya bangga sebab tak pernah makan telur penyu.
"Say 'no' to telur penyu! Majulah telur ayam untuk negara!" tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut dihujani dengan pelbagai reaksi netizen yang berkongsi pengalaman pernah merasa telur penyu khususnya ketika masih kecil.
"Sejujurnya saya pernah makan masa kecil dan saya suka rasa dia. Memang berebut adik-beradik.
"Tapi demi penyu dan alam, saya berhenti dan paksa diri untuk tidak makan," katanya.
MENARIK DIBACA: "Setahun tak minum ais, perut dia flat" - Wanita kagum kesan disiplin pantang lepas bersalin
MENARIK DIBACA: Ramai 'menekan-nekan' minta resipi, wanita kongsi cara buat sos ala Kewpie!
Tak kurang juga, ada sebahagian netizen yang berkongsi pengalaman kurang menyenangkan selepas mencuba telur penyu.
"Tak sedap. Putih dia rasa masin-masin dan kuning dia tu kalau gigit tekstur macam berpasir, lagi kental daripada kuning telur itik.
"Saya pernah makan dua tiga tahun lepas sebab mak cakap ada orang bagi, sumpah tak sedap. Masin nak mampus dan rasa macam hanyir gila, pakej rasa berpasir.

"Korang makan telur masin, telur penyu tu lagi masin daripada telur masin tau! Masin, hanyir, busuk, pasir. Terus muntah.
"Pernah rasa sekali saja kawan bawa kat asrama. Cuba sebab ramai yang cakap sedap. First sip tu terus rasa nak termuntah. Tak sedap bagi aku.
"Nasib baik ‘first time’ rasa terus tak boleh pergi. Kalau tak, mungkin lepas tu aku cari lagi telur penyu. Alhamdulillah sangat-sangat sekarang dah diharamkan jual telur penyu," komen beberapa warganet.
Sementara itu, beberapa warganet lain turut berkongsi pengalaman dan menganggap itu sebagai kali pertama dan terakhir mereka makan telur tersebut.
"Sebagai anak jati Terengganu, saya mengaku bahawasanya saya pernah makan telur penyu. Dulu zaman 90-an banyak jual di Pasar Payang yang lama. Sekarang memang tak makan dah. Kalau orang tahu, rasa geli nak makan sebab dia lembek-lembek begitu.
"Pernah rasa masa kecil-kecil dulu. Itulah first and last makan. Tak boleh nak telan.
"Dulu-dulu tahun 70-an, masa tu banyak telur penyu dijual di Pasar Payang. Masa tu teringinlah nak rasa macam mana telur tu. Sekali rasa uwekkk, taubat dah. Macam hingus lembik," komen netizen lagi.