info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Kek 'tiramisu tower' runtuh, pengantin dipuji kekal tenang! Gembira ambil foto 'art berat'

Lead Image

HARI bahagia yang sepatutnya dipenuhi momen manis bertukar cemas apabila 'tiramisu tower' pasangan pengantin ini tiba-tiba runtuh ketika majlis berlangsung.

Tanpa disangka, momen itu akhirnya menjadi satu kenangan unik buat pasangan berkenaan.

Perkara itu dikongsikan oleh pengantin perempuan @__chea menerusi satu hantaran di Threads yang mengakui sedikit terkilan kerana tidak sempat bergambar dengan kek cantik tersebut.

“Tiramisu towerku sembah bumi. Tak sempat nak ambil gambar sesi suap menyuap!” tulisnya.

Perkongsian pengantin perempuan menerusi laman Threads.

Menerusi hantaran sama, wanita itu turut berkongsi gambar keadaan tiramisu yang sudah hancur, termasuk cawan-cawan kaca yang pecah di atas lantai.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan ramai kagum adalah reaksi pasangan pengantin berkenaan.

Tidak melenting atau bertukar 'mood' di hari bahagia, kedua-duanya dilihat kekal tenang dan ketawa tatkala berdepan kejadian tersebut.

Malah, mereka sempat mengabadikan momen tersebut menerusi beberapa keping gambar yang diambil bersama kek tiramisu walaupun dalam keadaan tidak sempurna.

MENARIK DIBACA: Pengantin buat kenduri konsep 'potluck', terkejut tetamu 'sporting' bawa makanan penuh meja

MENARIK DIBACA: Idea hidang ayam gepuk di majlis kahwin ditempelak, dianggap 'langgar' sajian kenduri Melayu

Hantaran berkenaan kemudian mendapat perhatian netizen yang rata-rata terhibur melihat reaksi mereka yang begitu tenang berdepan situasi mencemaskan.

Chill eh sis di hari bahagia. Kalau nak marah pun benda dah jadi.

“Tenang gila eh you hahahaha. Semalam I ada tengok dari side photographer,” komen seorang netizen.

Bukan netizen sahaja, malah pengusaha tiramisu itu sendiri itu turut tampil berkongsi cerita di Threads.

Pengusaha tiramisu itu sendiri kagum melihat reaksi pasangan tersebut.

Menurutnya, insiden berlaku selepas angin kuat menyebabkan pelamin tumbang sebelum menghempap 'tiramisu tower' berdekatan.

Apa yang membuatkan dia kagum, pasangan pengantin tidak bertukar 'mood' dan kekal tenang berdepan situasi tidak dijangka.

“Tapi bride dan groom sangat tenang dan reda, sebab setiap ujian akan ada manisnya, kan?

“Jadi pasangan ni pun happy je shoot gambar ‘art berat’ dengan tiramisu tower yang dah roboh ni," ujarnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Keluarga besar sakan bawa bekal naik 'flight', suasana dalam pesawat macam ada kenduri

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Tumpahkan kopi di kafe popular Indonesia, layanan staf dipuji - "Malaysia kena banyak belajar"

Terhangat