Pelanggan jijik nak makan nasi lemak! Peniaga tak buang perut ikan bilis, siap 'pakej' najis
IKAN bilis merupakan antara bahan utama yang perlu ada dalam hidangan nasi lemak.
Walaupun saiznya kecil, proses penyediaan ikan bilis tidak boleh dipandang ringan khususnya oleh golongan peniaga kerana kebersihan bahan tersebut memberi kesan terhadap rasa, kualiti dan keyakinan pelanggan
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendapati ikan bilis dalam nasi lemak yang dibelinya tidak dibersihkan dengan sempurna.

Menerusi hantaran yang dikongsikan dalam Threads, wanita tersebut mendakwa ikan bilis yang dihidangkan bersama nasi lemak masih mempunyai najis yang tidak dibuang sekali gus mengundang rasa jijik.
Susulan kejadian itu, dia tampil menegur peniaga supaya tidak mengambil mudah soal kebersihan ikan bilis, terutama mereka yang menjual nasi lemak.
"Kepada peniaga ikan bilis terutamanya nasi lemak, ikan bilis ini tak dikopek langsung 'pakej' ada najis. Macam mana nak makan?
"Jangan ambil mudah dan sambil lewa. Nasib baik suami yang belikan, kalau saya beli memang saya tidak akan ambil bilis," katanya.
MENARIK DIBACA: [V] "Dulu lelaki masuk dapur dianggap memalukan isteri" - Tamimi Siregar
MENARIK DIBACA: "Busy mana pun jangan tinggal solat" - 'Abang matcha' tular, dipuji utamakan ibadat dalam bisnes
Secara umum, ikan bilis yang belum dikopek atau dibersihkan masih mempunyai bahagian kepala, isi perut serta sisa kotoran yang boleh menyebabkan rasa sedikit pahit, hanyir dan kurang menyenangkan apabila dimakan.
Justeru, pengguna dinasihatkan untuk membuang bahagian tersebut sebelum digoreng supaya ikan bilis lebih bersih selain mengelakkan masakan berbau hanyir.