info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Nasi ke gigi? Takut tengok poster AI kedai mamak, ramai kata hasil ‘barai’ - "Geli, langsung tak menyelerakan"

Lead Image

SEIRING perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI), semakin banyak perniagaan termasuk restoran dan kedai makan mula memanfaatkan teknologi tersebut untuk menghasilkan bahan promosi dengan lebih cepat serta menjimatkan kos.

Jika dahulu pemilik premis perlu mengupah jurugambar profesional untuk merakam gambar menu, kini hanya dengan beberapa arahan ringkas, AI mampu menghasilkan visual makanan yang menarik seperti mana diarahkan.

Bagaimanapun, penggunaan teknologi ini tidak semestinya menjamin hasil yang sempurna.

Satu perkongsian di Threads mencuri perhatian ramai apabila sebuah restoran mamak dipercayai menggunakan AI untuk menghasilkan gambar promosi menu makanannya.

 Gambar AI hidangan ayam penyet dianggap menyeramkan.

Sekilas pandang gambar tersebut kelihatan seperti iklan promosi makanan biasa yang sering digunakan oleh restoran untuk menarik pelanggan.

Bagaimanapun, jika diperhatikan dengan lebih teliti, jelas dapat dilihat beberapa kejanggalan terhadap imej itu yang dihasilkan menggunakan AI.

Menerusi beberapa keping foto yang dikongsi, gambar makanan seperti nasi ayam penyet dan nasi lemak bukan sahaja tidak realistik malah mengundang rasa jijik apabila dilihat.

MENARIK DIBACA: Bergurau ke perli? Pelanggan terkejut buka bungkusan burger lepas minta salad lebih

MENARIK DIBACA: Kecewa bihun sup campur 'rupa' tak semenggah - "Pergi festival makanan kena belajar reda"

"Kedai mamak pun pakai AI, tapi 'barai' (tak menjadi) la AI dia," menurut hantaran tersebut.

Berdasarkan gambar menu nasi lemak yang dikongsi, bentuk ikan bilis goreng kelihatan sangat pelik kerana menyerupai bentuk kuih muruku.

Gambar nasi ayam penyet pula kelihatan sangat 'menakutkan' apabila ayam goreng nampak menggerutu dan mempunyai lubang-lubang kecil, begitu juga nasi putih.

Perkongsian foto menu makanan tersebut turut menjadi bahan jenaka netizen.

Hasil gambar menu yang menggunakan teknologi AI tidak seperti yang diharapkan.

"Kenapa semua macam menggerutu, rasa gatal tengok.

"Seram pula tengok gambar kedua tu. Ayam penyet ke ayam berbulu?

"Wei! Nasi dia seram dah macam gigi aku tengok," komen beberapa netizen.

Situasi ini sebenarnya menggambarkan antara cabaran yang dihadapi apabila menggunakan teknologi AI dalam industri makanan dan minuman.

AI sememangnya mampu menghasilkan visual yang menarik dalam masa singkat, namun ketepatan imej masih bergantung kepada arahan tepat yang diberikan dengan pemantauan teliti.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Tiga pilihan keju Bega baharu kini di pasaran Malaysia

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Tukar 'mall' jadi sawah usaha didik generasi moden hargai petani, sedar kepentingan sektor pertanian

Terhangat