info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Tukar 'mall' jadi sawah usaha didik generasi moden hargai petani, sedar kepentingan sektor pertanian

Lead Image

KEBIASAANNYA pusat beli-belah menjadi lokasi untuk orang ramai berbelanja, menjamu selera atau meluangkan masa bersama keluarga. 

Uniknya sebuah pusat beli-belah di Ningbo, timur China, premis itu mencipta kelainan apabila menukar sebahagian ruang dalam bangunannya menjadi sawah padi mini untuk menganjurkan pertandingan menanam padi yang luar biasa.

Acara itu berjaya menarik perhatian pengunjung apabila peserta dilihat turun ke petak sawah yang disediakan bagi menanam anak padi secara tradisional. 

Pemandangan yang lazimnya hanya dapat dilihat di kawasan bendang itu kini dibawa ke lokasi bersuasana moden dan sibuk di dalam kompleks membeli-belah.

Kawasan sawah mini itu turut menjadi tumpuan pengunjung yang tidak melepaskan peluang merakam gambar dan video untuk dikongsi di media sosial.

Pertandingan tersebut melibatkan penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan muda, seisi keluarga dan kanak-kanak yang ingin merasai sendiri pengalaman bekerja di sawah. 

Menurut laporan media antarabangsa, program berkenaan diadakan bukan sekadar untuk menghiburkan orang ramai malah bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan sektor pertanian serta menghargai usaha pesawah yang bertungkus-lumus menghasilkan bekalan makanan setiap hari.

MENARIK DIBACA:  Jurufoto tersinggung ditegur tuan rumah lepas ambil sebiji semperit - "Kalau tak dijemput, jangan makan"

MENARIK DIBACA: Banyak tip di internet, netizen kongsi petua ibu dipegang sampai hari ini... Masakan jadi lebih enak

Selain pertandingan, kawasan sawah mini itu turut menjadi tumpuan pengunjung yang tidak melepaskan peluang merakam gambar dan video untuk dikongsi di media sosial.

Penganjuran aktiviti sedemikian selari dengan usaha pelbagai pihak di China untuk memperkenalkan budaya pertanian kepada masyarakat bandar. 

Rata-rata pengunjung memuji kreativiti penganjur kerana berjaya mengubah ruang pusat beli-belah menjadi lokasi pembelajaran yang interaktif. 

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai program berasaskan pertanian diperkenalkan di kawasan urban bagi mendekatkan orang ramai dengan sumber makanan serta mengetahui tentang proses pengeluarannya.

Trend membawa elemen pertanian ke kawasan bandar semakin mendapat perhatian di China menerusi pelbagai program pendidikan dan pengalaman interaktif, membolehkan masyarakat bandar mendekati dunia pertanian tanpa perlu keluar ke kawasan desa.

Langkah itu juga dilihat mampu memupuk rasa hormat terhadap golongan petani dan pesawah yang memainkan peranan penting dalam menjamin keselamatan makanan negara. 

Meskipun teknologi pertanian semakin berkembang, proses penanaman secara tradisional masih mempunyai nilai tersendiri yang wajar dipelihara dan diperkenalkan kepada generasi akan datang.

Rata-rata pengunjung memuji kreativiti penganjur kerana berjaya mengubah ruang pusat beli-belah menjadi lokasi pembelajaran yang interaktif. 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Nasi ke gigi? Takut tengok poster AI kedai mamak, ramai kata hasil ‘barai’ - "Geli, langsung tak menyelerakan"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Warung nasi lemak kegemaran tutup seminggu, pelanggan pelik pemilik kata 'buka macam biasa'

Terhangat