Bibir budak lelaki terlebih mungil gara-gara main botol air, dipuji kekal tenang - "Dia nyot-nyot sampai tertidur"
SEORANG pemilik akaun TikTok, Ross Minah Sayang mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah lucu tentang bibir anak lelakinya yang tiba-tiba menjadi tebal.
Menerusi video berdurasi 2 minit 53 saat yang dikongsi, dia menceritakan bahawa kisah bermula apabila anaknya itu meniru tindakan si adik memasukan sebahagian mulut ke dalam botol minuman kultur kosong sehingga bibir kelihatan besar.
Tanpa berfikir panjang, kanak-kanak yang dikenali sebagai Irshad itu turut mencuba tindakan sama.
Namun, siapa sangka tindakan tersebut bertukar menjadi insiden 'ngeri' apabila bibirnya menjadi 'terlebih mungil' sehingga video perkongsian ibunya meraih hampir 7 juta tontonan.
Difahamkan, ketika kanak-kanak melakukan aksi tersebut, dia tertidur dalam keadaan sebahagian bibir tersekat dalam botol.
Bibirnya kekal kelihatan membengkak selepas menanggalkan botol tersebut sebaik terjaga dari tidur.

"Dia tengok adik dia nyot-nyot (sedut) botol sampai bibir besar jadi dia pun buat. Masalahnya dia nyot-nyot botol tu sampai tertidur dan lama pula, bila dia bangun sebab mama panggil suruh tidur masuk bilik baru sedar bibir dia bengkak.
"Terus termenung 'member' fikir masa depan ingat bibir begitu je sampai bila-bila," kongsinya.
Perkongsian tersebut membuatkan netizen terhibur dengan pelbagai komen ditinggalkan.
"Orang buat (bibir) sampai beribu, dia modal botol kosong je.
"Acik mula-mula ingatkan alergik dik, dalam hati berkata kesian.
MENARIK DIBACA: Perut kembung, muka sembap petanda gemuk air... Cuba 2 herba ini, badan terus rasa ringan
MENARIK DIBACA: Tak perlu berhenti makan nasi pun untuk kurus, kawal paras gula... Tapi kena ikut 5 tip mudah ini
"Yang nak bibir tebal tak payah habis duit pi suntik, mintak tip dengan adik ni je.
"Okay dah ada idea tak yah filler! Thanks adik...nyot-nyot botol memalam," antara komen warganet.
Ada juga yang mengaitkan bibirnya dengan artis luar negara.
"Kylie Jenner trend.
"Apa perasaan anda jadi Kim Kardashian?
"Menangis Nicki Minaj tengok bang," antara komen netizen.
Menurut kemas kini terbaharu oleh ibunya, keadaan bibir kanak-kanak itu sudah kembali pulih.
"Sejam juga dia termenung fikir masa depan nak jadi makeup artist... nasib baik sekejap je bengkak, sekarang dah okay dah," katanya.
Dalam masa yang sama, ramai netizen turut memuji kanak-kanak itu yang kacak selepas bibirnya kembali pulih serta sikapnya yang kekal tenang berdepan kejadian itu.
"Masyaallah ganteng (kacak) rupanya.
"Steady kau dik haha jam 2 pagi akak tergelak, handsome je kau rupanya dik dan apa-apa pun semoga tercapai cita cita adik nak jadi jurutera!" komen netizen.