info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Momen

Gardentopia di 'rooftop' Wisma Tani jadi pusat rujukan orang bandar minat berkebun di ruang terhad

Lead Image

USAHA memperkasakan pertanian bandar terus diperkukuh menerusi pelancaran Gardentopia, sebuah hab pertanian komuniti moden berkonsepkan 'rooftop garden' yang diperkenalkan bagi menyokong agenda keterjaminan makanan negara.

Inisiatif tersebut dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu di Pusat Informasi Pertanian Kebuniti (Gardentopia), Wisma Tani, Putrajaya pada Isnin.

Fasiliti tersebut diwujudkan sebagai pusat pembelajaran dan rujukan pertanian bandar khususnya bagi masyarakat yang ingin bercucuk tanam di kawasan terhad.

Menurut Mohamad, inisiatif itu selari dengan usaha kementerian memperluaskan budaya bercucuk tanam dalam kalangan rakyat menerusi Kempen Kebun di Rumah Sendiri (Kendiri).

Mohamad Sabu menghadiri sesi menuai di Pusat Informasi Pertanian Kebuniti (Gardentopia), Wisma Tani, Putrajaya pada Isnin.

"Kementerian menyeru orang ramai supaya bercucuk tanam khususnya sayur-sayuran di perkarangan rumah termasuk di kawasan kediaman seperti kondominium sekiranya mempunyai ruang sesuai.

"Masyarakat boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian mengenai kaedah penanaman, jenis tanaman yang sesuai serta teknologi pertanian yang boleh digunakan.

"Kini semakin banyak komuniti mengusahakan tanaman makanan sama ada secara kecil-kecilan mahupun berskala besar bagi membantu meningkatkan keterjaminan makanan negara," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Gardentopia.

Tambah beliau, pelbagai jenis tanaman mudah ditanam seperti cili, limau, kangkung, pegaga dan sawi boleh diusahakan di kawasan rumah dengan penggunaan sistem moden yang lebih praktikal dan menjimatkan ruang.

"Inisiatif ini bukan sekadar menggalakkan masyarakat bercucuk tanam malah menyediakan khidmat nasihat kepada mereka yang ingin menceburi bidang pertanian walaupun mempunyai kawasan tanah yang kecil dan terhad," katanya.

Antara tanaman yang dipamerkan di Gardentopia.

Mohamad turut memaklumkan bahawa konsep pertanian bandar semakin mendapat sambutan di kawasan seperti Putrajaya dan Shah Alam, sekali gus menunjukkan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengeluaran makanan sendiri.

Menurut beliau, pendekatan pertanian bandar dan kebun komuniti kini semakin relevan dalam mendepani cabaran global termasuk inflasi makanan, krisis tenaga dan gangguan rantaian bekalan.

MENARIK DIBACA: Guru dipuji kreatif, gigih hasilkan 'daging' untuk simulasi korban - "Dah macam wagyu ni"

MENARIK DIBACA: Enaknya jantung pisang cecah sambal belacan, tapi kalau lebam bantut selera! Ini teknik rebus cantik kejadian

Sementara itu, Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Nor Sam Alwi berkata, Gardentopia dilengkapi pelbagai teknologi pertanian moden yang sesuai dilaksanakan di kawasan bandar serta ruang yang terhad.

Antara kemudahan disediakan termasuk sistem fertigasi meja, hidroponik mendatar dan vertikal, rak tanaman herba, kotak tanaman konvensional, sudut bahan kitar semula serta kotak kompos.

Katanya, antara tanaman yang diusahakan di Gardentopia ialah salad hijau, salad merah, kangkung, cili, serai, kunyit, pudina, kesum dan bayam Brazil.

Hab pertanian komuniti moden berkonsepkan 'rooftop garden' yang diperkenalkan bagi mengalakkan orang ramaibercucuk tanam.

"Fasiliti ini turut menyediakan sudut pameran teknologi pertanian ruang terhad seperti 'Tower Vertical Hydroponic' selain ruang teori dan latihan praktikal kepada pengunjung," katanya.

Jabatan Pertanian berharap pembangunan Gardentopia dapat dijadikan model rujukan pertanian bandar yang boleh diperluaskan ke lebih banyak komuniti, institusi dan kawasan perumahan pada masa hadapan.

Dibangunkan dengan konsep 'rooftop garden', Gardentopia menjadi model kebun komuniti moden yang memfokuskan pertanian bandar di kawasan ruang terhad.

Terletak di Rooftop Podium 1, Aras 5, Blok 4G2 Wisma Tani, fasiliti itu berperanan sebagai pusat rujukan, informasi serta hab latihan teknikal pertanian kebun edibel (edible garden).

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Video warga Indonesia guna gula paket Malaysia undang persoalan - "Macam mana boleh jual dekat sana?"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Ada syarat, ciri tertentu... Sunat pilih warna haiwan korban dianjurkan dalam Islam

Terhangat