info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Restoran buat silap pada menu, pelanggan terkejut disuruh bayar untuk 2 mangkuk mi

Lead Image

SEPATUTNYA hanya perlu bayar untuk satu hidangan mi, seorang pelanggan restoran terkejut apabila bil menunjukkan dia perlu membayar untuk dua mangkuk sajian tersebut.

Situasi ini berlaku selepas pelanggan berkenaan meminta hidangannya dibuat semula kerana terdapat telur dalam mi dipesan, sedangkan dia tidak boleh mengambil telur dan ia tidak dinyatakan dalam senarai bahan pada menu.

Menerusi perkongsian di satu laman web antarabangsa, pelanggan itu menjelaskan dia baru pertama kali makan di restoran berkenaan yang terletak di Thailand dan memesan mi bersama tauhu selepas menyemak bahan digunakan. 

Bagaimanapun, menurutnya, telur tidak disenaraikan dalam menu.

Pelanggan terkejut apabila hidangan mi dipesan mengandungi telur dan tidak dinyatakan dalam menu.

Apabila pesanan tiba, dia mendapati terdapat penggunaan telur di dalamnya dan memaklumkan perkara ini kepada staf restoran sebelum meminta mi tersebut disediakan semula tanpa telur. 

Pihak restoran memenuhi permintaan ini dan menyediakan hidangan baharu. 

Masalah timbul apabila bil diberikan kerana pelanggan mendapati dia dikenakan bayaran untuk kedua-dua hidangan mi.

Dia kemudian bertanyakan alasan perlu membayar hidangan pertama yang mengandungi telur.

MENARIK DIBACA: Tip ‘anti gagal’ buat cekodok pisang rangup, tak serap minyak... Bentuk pun bulat cantik

MENARIK DIBACA: 'Padah' kreatif buat 'cekodok churros', isteri lega suami tak jadi mengamuk - "Terkekek sambil goreng"

Menurut pelanggan itu, staf restoran memberitahu dia sepatutnya memaklumkan lebih awal tidak mahu telur dalam mi yang dipesan. 

Dia kemudian menunjukkan menu bagi membuktikan bahawa telur tidak disenaraikan sebagai bahan sebelum meminta untuk bercakap dengan pengurus. 

Pihak restoran didakwa tetap bertegas bahawa hidangan tersebut memang menggunakan telur dan meminta pelanggan untuk menjelaskan bil bagi kedua-dua mangkuk mi berkenaan. 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Lelaki rimas didatangi peniaga di kedai makan, musykil mengaku pelajar IPT buat 'assignment'!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Formula 1 Sepang: Nasi lemak telur goreng harga RM35 jadi perhatian

Terhangat