info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Konvensyen anime kecoh, ramai sanggup beratur untuk minum air 'teh lemon rendaman kaki'

Lead Image

GUANGZHOU sememangnya terkenal sebagai antara bandar yang aktif menganjurkan pelbagai acara budaya pop dan anime, sekali gus menjadi tumpuan peminat cosplay dari seluruh China.

Terbaharu, satu penganjuran konvensyen anime mencuri perhatian ramai apabila beberapa peserta cosplay bertindak menjual minuman dengan nama pelik iaitu 'foot-soaked lemon tea' atau 'air teh lemon rendaman kaki'. 

Menurut laporan media antarabangsa, jualan itu tular apabila ramai pengunjung dilihat sanggup beratur panjang semata-mata mahu membeli dan merasai sendiri minuman berkenaan. 

Lebih mengejutkan, setiap cawan dijual pada harga 50 yuan (RM30), namun ia tetap mendapat sambutan hangat.

Peserta cosplay merendam kaki di dalam air bercampur hirisan lemon sebelum dijual sebagai minuman.

Dalam acara berkenaan turut dilihat notis bertulis 'Hanya untuk hiburan. Kami tak berniat menggalakkan sebarang perlakuan tidak sesuai', diletakkan berhampiran gerai peserta cosplay berkenaan.

Tindakan itu bagaimanapun menarik perhatian ramai apabila pengunjung sanggup beratur untuk membeli 'air rendaman kaki'. 

Sebahagian lagi pengunjung pula mengambil gambar bersama peserta cosplay dan minuman itu untuk dimuat naik ke media sosial.

Tidak dapat dipastikan sama ada semua pembeli berniat untuk minum minuman itu tapi beberapa video tular memaparkan pengunjung lelaki berbaring di atas lantai dengan mulut terbuka bagi 'menangkap' titisan air mengalir dari kaki peserta cosplay.

Menurut laporan, terdapat juga individu bertindak memegang kaki peserta cosplay itu sebelum menjilatnya secara terus.

MENARIK DIBACA: Dari filem ke meja makan... Ketahui sejarah kek gergasi Matilda, kaya rasa coklat premium

MENARIK DIBACA: Dubai Chewy Cookie jadi fenomena di Korea Selatan, pelanggan sanggup beratur berjam-jam

Selepas aksi tersebut menjadi tular dan mencetuskan suasana semakin tidak terkawal, penganjur konvensyen bertindak bertemu peserta cosplay tersebut dan meminta mereka meninggalkan lokasi acara.

Fenomena itu dikatakan bermula dari sebuah acara anime di Amerika Syarikat pada Mei lalu apabila beberapa penjual memperkenalkan konsep sama sebagai sebahagian daripada hiburan di acara itu.

Setiap cawan minuman dijual pada harga hampir RM130, membuktikan strategi pemasaran luar biasa mampu menarik perhatian peminat budaya anime dan cosplay.

Di media sosial, trend berkenaan menerima pelbagai reaksi malah ada yang anggap idea itu kreatif dan lucu tetapi ada juga yang kurang senang dengan acara itu.

Air 'rendaman kaki' dijual pada harga RM30 di sebuah konvensyen anime di Guangzhou, China.

Di China, konvensyen anime semakin mendapat sambutan dengan lebih 400 acara utama dianjurkan di seluruh negara.

Konvensyen terbesar pula mampu menarik sehingga 400,000 pengunjung.

Bagi kebanyakan golongan muda, menghadiri konvensyen anime dan berinteraksi dengan individu mempunyai minat sama kini menjadi antara aktiviti riadah utama mereka.

Bagaimanapun, beberapa tingkah laku tidak wajar dan melampaui batas sering mencetuskan kontroversi serta meletakkan acara-acara seperti ini di bawah perhatian ramai.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
play
KUALI | Viral

Muka bulat bertukar 'petak'! Lelaki turun berat badan lepas amal makan buah naga setiap hari

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Asyik pesan menu sama... Ramai tak sedar ada 25 pilihan roti canai 'rare', ini 10 paling padu

Terhangat