info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Trending

Individu dakwa terbeli telur tiruan, kongsi cara bezakan antara palsu dan asli

Lead Image

PERNAHKAH anda lihat telur yang kuningnya kelihatan pelik selepas direbus hingga membuatkan kita tertanya-tanya sama ada ia selamat dimakan?

Situasi seperti itu dikongsikan seorang pengguna Threads yang mendakwa mengalami pengalaman pelik selepas merebus telur.

Menurut individu berkenaan, kuning telur direbusnya kelihatan leper sebelum dia melakukan pemeriksaan berdasarkan panduan yang ditemui di internet.

“Hari ini saya rebus telur dan semuanya bahagian kuning jadi leper. Saya periksa karakter telur seperti dalam Copilot Guidance, semuanya menunjukkan tanda positif,” kongsinya.

Ujian air garam dikongsikan sebagai petua mengenal pasti ketulenan telur ayam.

Individu itu kemudian berkongsi bahawa telur plastik atau tiruan boleh dikenal pasti berdasarkan beberapa ciri seperti kulit lebih licin dan berkilat, sukar dipecahkan serta mempunyai bau berbeza.

Katanya, telur plastik juga mempunyai bahagian kuning leper atau keras seperti getah selepas direbus, selain putih telur dikatakan terlalu licin dan kenyal.

Dia turut membuat perbandingan dengan telur asli yang menurutnya mempunyai permukaan kulit sedikit kasar, pori halus serta bau sulfur ringan selepas direbus.

Seorang individu mendakwa dia terbeli telur tiruan.

Dalam hantaran sama, pengguna berkenaan turut mendakwa telur boleh diperiksa menggunakan air dan kira-kira 10 peratus garam.

Menurutnya, telur asli akan tenggelam atau separuh tenggelam, manakala telur plastik akan terapung kerana mempunyai ketumpatan berbeza.

Bagaimanapun, ujian terapung dalam air bukan kaedah untuk menentukan sama ada telur itu diperbuat daripada plastik.

Cara mudah periksa ketulenan telur

  • Perhatikan tarikh
  • Keadaan kulit 
  • Bau selepas dipecahkan 
  • Isi telur
  • Warna kuning
  • Bentuk telur 
  • Tekstur kulit telur 
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Geng malas keluar kereta, suka 'drive thru' beli makanan di gerai dibidas! Siap peniaga kena hulur QR

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Lauk 'frozen' tak 'gah' macam dalam iklan, pelanggan kecewa sampai tak lalu makan

Terhangat