KUALI | Trending

Berebut orang cari daun kunyit, harga naik mendadak... Ada peniaga jual RM3 sehelai!

Lead Image

TANPA daun kunyit, tak lengkaplah hidangan rendang!

Maka tak hairanlah menjelang musim perayaan ini, daun kunyit menjadi antara bahan segar menerima permintaan mendadak setiap tahun.

Namun, dalam keghairahan orang ramai membuat persiapan, timbul pula isu kenaikan harga barang sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna. 

Ada mendakwa harga daun kunyit naik secara mendadak seperti 'emas' dan keadaan itu bukan sahaja berlaku di kawasan bandar malah di luar bandar.

Di sekitar Jitra, Kedah, daun kunyit dijual pada harga mencecah RM3 hanya untuk sehelai dan RM3 untuk dua helai daun di Baling, Kedah.

Netizen berkongsi pengalaman tentang harga daun kunyit melambung. Gambar : Threads

Lebih mengejutkan, seorang pengguna Threads turut mendakwa dia terpaksa membeli sehelai daun kunyit pada harga RM3 dari Pasar Presint 8, Putrajaya. 

Luahan itu turut dikongsikan di platform media sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut meluahkan rasa geram dengan kenaikan harga.

MENARIK DIBACA: Pelanggan bayar 'air' bukan isi, Youtuber dedah taktik kotor peniaga King Crab

MENARIK DIBACA: “Mentang-mentang tengah FOMO, kau lenjan jual Green Tea Thai!” - Netizen dedah tak semua matcha itu asli

Namun di sebalik kekecohan mengenai isu daun kunyit itu, ada juga pengguna Threads dikenali sebagai Farhana Zainuddin mengusik netizen dengan memuat naik foto bersama pokok berkenaan yang ditemui di Perlis. 

"Saya nak riyak jap, hahaha. Misi mencari daun kunyit kat Perlis berjaya... Hangpa duk (masih) cari lagi ke tu?" kongsinya. 

Tak lama selepas itu, ada netizen meninggalkan komen memberitahu kunyit berkenaan sudah habis selepas dia membeli daripada wanita tersebut.

Ada juga mengambil peluang untuk mempromosikan hasil tanaman daun kunyit. Gambar : Threads

"Saya pun ambil kat rumah orang, lepas tu dia (pemilik pokok kunyit) beritahu semalam dah habis," tulisnya yang turut terpaksa 'battle' daun kunyit di pasar borong Kangar, Perlis. 

Malah ada juga netizen mengambil peluang menjual hasil tanaman itu dengan harga serendah RM3 untuk dua helai daun kunyit.

Individu dikenali sebagai Moraziela turut memuat naik status menjual daun kunyit buat pembeli sekitar Taiping, Perak.

"Musim raya ramai cari daun kunyit nak buat rendang kan? Siapa tengah mencari boleh rojer (hubungi) saya," tulisnya ringkas. 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Coklat tiramisu badam jenama Beryl’s habis stok, penangan Hwasa buat reviu spontan puji sedap

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Nak buat sirap selasih tapi tersilap masuk biji sawi, gelagat suri rumah undang tawa netizen

Terhangat