KUALI | Trending

Abang Aji tembam bukan sebab makan tapi susu, bapa jarang bagi ‘jajan’

Lead Image

AKSI kanak-kanak dikenali sebagai Abang Aji menyantap makanan dihidangkan dengan penuh selera kembali mencuri perhatian netizen.

Kali ini bukan kerana aksi kanak-kanak lelaki montel itu tetapi disebabkan gaya pemakanan Muhammad Aniq, 4, membimbangkan netizen sehingga mengundang pelbagai reaksi.

Bapanya, Redzuan Zainol, 39, tampil memberi penjelasan berat badan anaknya meningkat disebabkan jenis susu diminum. 

Aksi Abang Aji menyantap makanan mecuri perhatian ramai.

Sedar tentang keadaan fizikal anaknya, jelas Redzuan Abang Aji tak boleh minum susu lembu dan terpaksa digantikan dengan formula khas berasaskan kacang soya.

“Saya pernah cuba tukar susu lain tapi dia (Abang Aji) cirit birit. Dia pernah demam dan tak minum susu beberapa hari, berat badan turun hampir dua kilogram (kg).

“Dua kakak dan abangnya (Abang Aji) juga mengalami masalah sama dan berat badan mereka mula susut selepas mula masuk tahun satu,” jelasnya  ketika dihubungi Kuali.

MENARIK DIBACA: Nak berjimat pun berpada-pada! Ini jenis makanan dilarang bawa masuk ke Korea Selatan

MENARIK DIBACA: Restoran pelayan 'sado' Thai Hot Guys bakal buka di KL? Netizen bengang anggap perosak budaya

Ridzuan berkongsi perkara itu sebagai mengulas teguran seorang jurulatih kecergasan yang menyatakan kebimbangan terhadap keadaan fizikal dan cara pemakanan kanak-kanak berkenaan.

Menurut Redzuan, berat badan bukan diwarisi secara genetik kerana dalam keluarga mereka tiada sejarah obesiti.

Meskipun montel, katanya Aniq aktif bermain seperti kanak-kanak seusianya.

Petang-petang dia (Abang Aji) main basikal, berlari keliling padang

Redzuan Zainol

Bapa Abang Aji

“Petang-petang dia (Abang Aji) main basikal, berlari keliling padang,” katanya lanjut.

Dalam soal pemakanan pula, Redzuan menjelaskan bahawa keluarga mereka sangat menitikberatkan pemakanan sihat di rumah.

Sebaliknya jelas Ridzuan, apa dipaparkan di media sosial adalah hasil suntingan dan tidak menunjukkan tabiat sebenar pemakanan anaknya.

Redzuan menitikberatkan soal pemakanan di rumah.

“Sehari Abang Aji makan dua kali di rumah. Nasi dengan gulai lauk kegemarannya. Jika diberi pilihan, gulai ikan pilihan pertama.

“Dia (Abang Aji) tak makan banyak macam yang disunting dalam kandungan video media sosial,” tegasnya.

Malah Redzuan menegaskan, dia sangat mengawal pengambilan minuman manis dan makanan makanan ringan buat anak bongsu itu. 

Redzuan menegaskan anaknya seorang kanak-kanak yang aktif.

Jika teringin dan sekadar ‘nak rasa’, sebagai bapa dia akan membenarkan tetapi dalam kuantiti sangat kecil.

“Tapi bukan hari-hari. Video makan tu semua lakonan. Kami buat video pendek sekadar hiburan dan adakala untuk iklan komersial.

“Jika ada peminat mahu hantar makanan, saya saran ganti dengan mainan kerana itu lebih digemari Abang Aji,” katanya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Petah berbicara kendali program masakan, peluang mengacara kikis sifat pemalu Chef Naem

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Nak berjimat pun berpada-pada! Ini jenis makanan dilarang bawa masuk ke Korea Selatan

Terhangat