info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Selebriti

[V] Raja Azura ajar anak jimat, elak bazir makanan... Tak beli stok barang dapur banyak sekali gus

PELAKON dan pengacara popular, Raja Azura sangat mementingkan amalan berjimat cermat termasuk soal perbelanjaan barangan dapur.

Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku turut mendidik anak-anaknya supaya tidak sesekali membazirkan makanan.

Menurutnya, ketika membeli barangan dapur dia akan membawa bersama anak-anak supaya mereka tahu tentang nilai atau bajet ketika berbelanja.

Raja Azura atau nama lengkapnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 53, berkata, dia tidak mengamalkan konsep 'simpan stok' dengan berbelanja besar sekali gus.

Dia berpandangan amalan tersebut akhirnya mungkin akan membawa kepada pembaziran apabila barangan dapur yang dibeli tidak digunakan dan akan dibuang kerana sudah tamat tempoh.

Pada masa sama, ibu tunggal kepada tiga cahaya mata itu turut mendedahkan bahawa dia tidak membenarkan anak-anaknya membeli makanan menerusi aplikasi pesan dan hantar supaya mereka lebih menghargai masakan di rumah.

TONTON VIDEO PENUH

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Selebriti

"Ayam gepuk 'for life', tapi jangan buka kedai lagi" - Imran Ajmain

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Selebriti

Ali Reza mengaku pandai masak, 'enjoy' masuk dapur - "Mak tengok atas, bawah"

play

Terhangat