info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Selebriti

Ali Reza mengaku pandai masak, 'enjoy' masuk dapur - "Mak tengok atas, bawah"

SELAIN pandai memasak, pelakon Ali Reza turut mengakui 'enjoy' melakukan aktiviti ketika di dapur.

Menurut pelakon tinggi lampai itu, dia sangat meminati dunia masakan sejak kecil kerana sering membantu ibunya, Allahyarham Masni Johari di dapur.

Memasuki usia remaja, Ali atau nama lengkapnya Ali Reza Kavoossi mula memasak sendiri di rumah terutamanya menu-menu berkhasiat memandangkan dia sangat mementingkan pemakanan sihat.

Kata pelakon berdarah kacukan Melayu-Iran itu, sebagai lelaki dia tidak melihat memasak merupakan satu perkara sukar untuk dilakukan kerana ia bergantung pada sikap seseorang itu sama ada rajin atau malas untuk belajar.

Bagi Ali, tidak ada salahnya jika seorang lelaki belajar memasak walaupun sekadar hidangan ringkas sebagai asas kemahiran hidup.

TONTON VIDEO PENUH

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
play
KUALI | Selebriti

[V] Raja Azura ajar anak jimat, elak bazir makanan... Tak beli stok barang dapur banyak sekali gus

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Selebriti

[V] Azar Azmi tertidur di set penggambaran, serik makan berat waktu kerja

play

Terhangat