ZUS Indulgence Cake gabungan 2 rasa inovasi jenama tempatan
UNTUK penggemar cokelat dan juga kopi, produk terbaharu hasil kolaborasi dua jenama tempatan popular ini mungkin boleh membuatkan anda tersenyum lebar.
Bersempena sambutan Hari Malaysia, Secret Recipe dan Zus Coffee berganding sama apabila hadir dengan kek istimewa, ZUS Indulgence Cake dengan gabungan kek rasa cokelat dan kopi, khusus untuk pelanggan.
Inovasi kek gabungan rasa cokelat dan kopi antara kedua-dua jenama tempatan itu bakal memberi kenikmatan kepada penggemar cokelat dan kopi dalam satu gigitan.

Siapa tidak kenal dengan keenakan kek ikonik dari Secret Recipe, Indulgence Cake yang gebu dan padat dengan rasa cokelat.
Kombinasi rasa kopi menambahkan lagi keunikan pada produk terbaharu ZUS Indulgence Cake.
Bagi memberikan lebih kenikmatan, ZUS Indulgence Cake turut menggabungkan kek span dengan rasa mocha yang disaluti dengan krim cokelat, coffee mousse dan krim kopi.
MENARIK DIBACA: [V] “Memasak perlu ada ilmu dan bakat macam cipta lagu” - Edry Abdul Halim
MENARIK DIBACA: Dari ratu kosmetik ke dapur... Datin Isma dah ‘ready’ nak pencen, buka restoran Kantan sebab anak-anak - “Ada syarat perlu mereka penuhi”
Ketua Pemasaran Secret Recipe, Evelyn Lee, berkata, kolaborasi bersama ZUS Coffee menjadi bukti bahawa jenama tempatan juga tidak kalah saing untuk menghasilkan produk berinovtif dan sesuai dengan kehendak pelanggan.
"Secret Recipe menjadi antara jenama kebanggan rakyat Malaysia. Menerusi kolaborasi dengan ZUS Coffee, kami mahu membuktikan kehebatan jenama tempatan.
"Dengan memperkenalkan ZUS Indulgence Cake, kami bukan sahaja menawarkan manisan dengan cita rasa unik, tetapi turut mengangkat keunggulan produk Malaysia.
"Kami berharap produk terbaharu ini dapat memberikan pengalaman istimewa kepada semua untuk terus menyokong produk tempatan dengan penuh rasa bangga," kata Evelyn Lee.

Ketua Pemasaran ZUS Coffee, Jennifer Sim pula berkata, kolaborasi antara jenama kopi tempatan itu bersama Secret Recipe adalah sebagai simbol kepada produk tempatan dalam mencipta inovasi yang lebih unggul dan segar.
"Misi kami sentiasa untuk memberikan rasa kopi terbaik kepada rakyat Malaysia. Menerusi ZUS Indulgence Cake, kami berharap dapat memberikan pengalaman istimewa kepada pelanggan terutama penggemar kedua-dua jenama ini.
"Kolaborasi ini juga diharapkan dapat menyatukan rakyat Malaysia," ujar Jennifer.
Kami bukan sahaja menawarkan manisan dengan cita rasa unik, tetapi turut mengangkat keunggulan produk Malaysia.
Ketua Pemasaran Secret Recipe
ZUS Indulgence Cake boleh didapati di rangkaian outlet Secret Recipe terpilih bermula 15 September 2025 pada harga RM13.50 untuk sepotong kek dan RM142 untuk sebiji kek bersaiz lapan inci.
Pelanggan turut akan diberikan kotak pembungkus edisi istimewa dengan rekaan eksklusif yang membawakan simbol semangat menerusi usaha sama antara kedua-dua jenama tempatan itu.