KUALI | Menu Viral

[V] Gabungan dua dalam satu, letupan rasa matchamisu buat ramai mula ketagih 

Lead Image

BERITA baik untuk pencinta matcha dan tiramisu, matchamisu pasti akan mencuri perhatian dan memuaskan craving hendak menikmati makanan manis.

Siapa sangka gabungan dua dalam satu di antara rasa klasik tiramisu dan matcha bukan sahaja unik tetapi memang sedap!

Rasa lemak dan sedikit masin keju mascarpone digabungkan pula dengan rasa pahit manis matcha mencipta keseimbangan rasa.

Matchamisu menu buat penggemar tiramisu dan matcha.

Beroperasi secara kecil-kecilan, anda boleh mencuba menu matchamisu di Fluffy Buffys yang tampil dengan pelbagai variasi yang enak.

Apa menariknya mengenai Fluffy Buffys, setiap hidangan disediakan mempunyai sentuhan peribadi yang menjadikan ia mempunyai keunikan tersendiri.

Seperti matchamisu latte, minuman ini menampilkan rasa yang kompleks tetap cukup memuaskan dan tidak mudah membuatkan rasa muak.

MENARIK DIBACA: Jepun berdepan krisis pengeluaran matcha, harga dijangka melambung

MENARIK DIBACA: Papan pemotong kayu pun ada cara menjaganya, cef kongsi petua sapu minyak bebas bakteria dan tahan lama

Gabungan pelbagai bahan saling melengkapi membuatkan ia antara menu best seller mereka.

Antara menu popular ditawarkan termasuk kek tiramisu, tiramisu brownies, tart tiramisu, tiramisu latte yang dijual pada harga bermula RM18 sahaja.

Tiramisu inimenggunakan 100 peratus keju mascarpone yang diimport khas untuk mengekalkan kualiti dan rasa autentik.

Setiap hidangan disediakan menggunakan bahan premium, termasuk 100 peratus keju mascarpone yang diimport khas untuk mengekalkan kualiti dan rasa autentik.

Paling penting Fluffy Buffys adalah produk tempatan yang mempunyai inspirasi besar dalam membawa produk mereka ke tahap lebih tinggi.

Jika kualitinya dikekalkan, tidak mustahil jenama ini bakal menjadi antara pilihan pelanggan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Viral

Mangga kering banyak manfaat, nak selamat pilih tanpa gula tambahan dan pengawet 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Viral

Durian bukan ‘superfood’, pesakit diabetes jangan jadikan alasan makan sampai lupa diri

Terhangat