info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Perap adunan rahsia hasilkan jemput-jemput manis gebu

Lead Image

JEMPUT-jemput manis antara kuih yang cukup dekat dengan kenangan zaman kanak-kanak. 

Teksturnya lembut di dalam, sedikit garing di luar dan paling sedap dinikmati panas-panas bersama secawan kopi atau teh.

Menerusi hantaran @misshafikah di laman Threads, dia berkongsi resipi dipelajari daripada ibunya yang dikatakan tidak pernah membuatkan dia berasa jemu menikmatinya.

Menariknya resipi berkenaan, adunan perlu diperap untuk memastikan bancuhan tepungnya pekat tetapi boleh jatuh daripada tangan. 

Adunan terlalu cair akan membuatkan jemput-jemput lebih sukar dibentuk.

Perkongsian resipi menerusi laman Threads.

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar yis
  • 1/2 sudu teh garam
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

MENARIK DIBACA: Goreng sekali kulit, ada bawang dan rempah... Cekodok pisang versi India tular!

MENARIK DIBACA: Cekodok ayam 'gluten free' tak sampai 10 minit dah licin, cecah sos memang layan

Cara penyediaan

  1. Satukan tepung gandum, gula, yis dan garam di dalam mangkuk.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga menjadi adunan yang pekat.
  3. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu pekat. Teksturnya perlu masih boleh jatuh apabila disendukkan.
  4. Tutup mangkuk dan perap adunan selama kira-kira 30 minit atau sehingga adunan mengembang.
  5. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
  6. Basahkan hujung jari dengan sedikit air, kemudian jemput adunan dan masukkan ke dalam minyak panas.
  7. Goreng sehingga jemput-jemput berwarna keemasan dan masak sekata.
  8. Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Anak dedah rahsia ibu buat cucur jagung udang sedap, rupanya tepung kena peram dulu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Ikan kukus halia-kicap ala Cina Muslim... Isi 'juicy', aroma kuah harum bangkit selera

Terhangat