info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Dimasak tak guna cili, tiada garam dan gula! Mi goreng basah ini tetap sedap 'kebabom'

Lead Image

KEBIASAANNYA apabila menyediakan mi goreng basah, ramai akan menggunakan cili boh atau cili kisar sebagai bahan utama ketika menumis.

Tidak kurang juga yang menambah gula dan garam bagi mendapatkan rasa lebih seimbang.

Bagaimanapun berbeza pula dengan resipi dikongsikan seorang wanita di Threads dikenali sebagai adlinelina7.

Penyediaan mi goreng basahnya cukup mudah kerana tidak memerlukan proses mengisar cili, malah tidak menggunakan gula dan garam.

Menurutnya, rahsia keenakan mi goreng ini terletak pada gabungan bahan ringkas seperti bawang putih, sos cili dan kicap yang memberikan rasa tersendiri.

“Malam ni dinner mi goreng je ye. Tak payah nak blend-blend cili, resipi ni dijamin sedap kebabom!” tulisnya.

Resipi ini mungkin boleh menjadi pilihan baharu untuk dicuba apabila buntu memikirkan menu makan malam.

Bagi penggemar mi goreng basah, resipi ini mungkin boleh menjadi pilihan baharu untuk dicuba terutama apabila buntu memikirkan menu makan malam.

Dia turut berkongsi pesanan penting kepada mereka yang mahu mencuba resipi ini iaitu tidak menambah telur.

“Jangan letak telur ye!! Awas!” katanya.

Bahan-bahan

  • 3 ulas bawang putih
  • Ayam atau pilihan protein lain
  • Air secukupnya
  • Sos cili
  • Kicap
  • Satu paket mi kuning
  • Tomato yang dipotong
  • Sawi
  • Kubis
  • Daun bawang
  • Daun ketumbar

MENARIK DIBACA: Ada logo halal, wanita masih risau nak makan ayam 'frozen' dari China... Suami suruh jamu kucing

MENARIK DIBACA:  Tip arwah nenek! Nak beli kuali berkualiti cuma perlu periksa satu label, tahan 3 generasi

Cara penyediaan

  1. Tumis bawang putih yang telah ditumbuk kasar sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam atau protein pilihan dan tumis sehingga sebati.
  3. Masukkan air sekadar paras protein sahaja dan biarkan sehingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan sos cili dan kicap mengikut sukatan yang diinginkan.
  5. Masukkan mi. Mi boleh dibasuh terlebih dahulu atau terus dimasukkan dalam kuali, mengikut pilihan masing-masing.
  6. Gaul rata sehingga semua bahan sebati.
  7. Masukkan tomato, sayuran seperti sawi dan kubis, kemudian tambah daun bawang serta daun ketumbar.
  8. Kacau sehingga kuah hampir kering kira-kira 90 peratus sebelum tutup api. Siap.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Cara buat nasi kuning Pantai Timur, terbaik makan dengan gulai pekat ikan aya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

[V] Pernah kerja restoran Thai, wanita 'spill' cara buat tomyam sotong santan

Terhangat