info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Udang buttermilk cukup senang dibuat, cuma guna bahan asas ada di dapur

Lead Image

MENU udang buttermilk menjadi antara hidangan kegemaran ramai dengan gabungan rasa lemak berkrim berserta aroma mentega yang membangkitkan selera. 

Menggunakan udang segar, menu ini memang sesuai dijadikan lauk istimewa untuk makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga.

Hidangan ini tidak semestinya perlu dibeli di restoran kerana ia sebenarnya mudah sahaja untuk disediakan sendiri di rumah. 

Bagi yang tercari-cari resipi ringkas tanpa perlu menggunakan terlalu banyak bahan atau menghabiskan masa lama di dapur, resipi udang buttermilk oleh Hana Ramli ini memang patut dicuba. 

Bahan digunakan tidak terlalu rumit.

Bahan-bahan:

  • 1kg udang (saiz sederhana)
  • 1 cawan tepung goreng serbaguna
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 tangkai daun kari
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 cili padi (dihiris)
  • 1 tin susu sejat
  • Garam
  • Serbuk pati ayam
  • Gula

MENARIK DIBACA: 'Pancake' udang sayur buka selera anak, selesai masalah si kecil 'susah' makan!

MENARIK DIBACA: Cuma guna gula... Ini cara simpan udang kekal segar berbulan-bulan, rasa tak terjejas

Langkah penyediaan

  1. Bersihkan udang kemudian salut dengan tepung goreng serbaguna.
  2. Panaskan minyak lalu goreng udang sehingga separuh masak kemudian angkat dan tos.
  3. Cairkan mentega lalu masukkan bawang putih dan daun kari.
  4. Tuangkan susu cair, kalau suka banyak kuah boleh lebihkan.
  5. Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya.
  6. Masukkan cili padi untuk rasa pedas dan kurangkan rasa muak.
  7. Biarkan seketika sehingga mendidih.
  8. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Guna bahan perap ringkas, ini resipi ayam 'roasted' versi mudah dan pantas

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Cara buat sos 'garlic' lemak berkrim... Bukan cuma shawarma, cecah ayam goreng pun enak

Terhangat