info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Cara buat sos 'garlic' lemak berkrim... Bukan cuma shawarma, cecah ayam goreng pun enak

Lead Image

SETIAP kali menikmati shawarma, tak lengkap sajian kalau tiada sos bawang putih yang 'creamy' dan berlemak.

Bagi yang menggemari sos ini, anda boleh juga membuatnya sendiri di rumah, maklumlah peniaga biasanya akan memberikan sos ini dalam kuantiti sedikit.

Menerusi resipi perkongsian @myrahasma, sos bawang putih shawarma ini nampak mudah disediakan, malah boleh dihasilkan dalam kuantiti banyak.

"Selama ni ingat kena beli je, rupanya boleh buat sendiri! Sekali buat dapat banyak, makan dengan shawarma memang ngam gila," katanya.

Bukan sekadar enak dinikmati bersama shawarma, sos ini juga sesuai dijadikan pencicah untuk ayam goreng, kentang goreng, sosej atau roti.

Perkongsian resipi menerusi laman Threads.

Bahan-bahan

  • ½ cawan bawang putih
  • ¼ cawan minyak
  • 1 sudu besar jus lemon
  • ¼ sudu kecil garam
  • Gula secukup rasa
  • 2 sudu besar mayonis

MENARIK DIBACA: Cara buat sos lada hitam 'terangkat', gula Melaka rahsia 'kaw'!

MENARIK DIBACA: Sedapnya cecah ayam bakar, tak menyesal buat sos Greek yogurt ala Mediterranean

Cara penyediaan

  1. Kisar bawang putih bersama garam hingga halus.
  2. Masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil terus dikisar sehingga sebati.
  3. Masukkan mayonis, jus lemon dan gula.
  4. Kisar lagi sehingga sos menjadi creamy dan semua bahan sebati.
  5. Sedia untuk dinikmati bersama shawarma atau hidangan pilihan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Udang buttermilk cukup senang dibuat, cuma guna bahan asas ada di dapur

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Spageti goreng versi 'terangkat', sos tiram dan pes kacang soya rahsia kesedapan

Terhangat