info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Guna 'rice paper' buat dumpling... Digoreng atau makan saja, kedua-duanya sedap!

Lead Image

KEBIASAANNYA, kulit 'dumpling' buatan sendiri atau kulit wantan menjadi pilihan untuk membungkus inti daging sebelum dimasak.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan wanita ini yang memilih menggunakan 'rice paper' sebagai kaedah kreatif serta memberikan kelainan pada hidangan tersebut.

Walaupun mengakui percubaan kali pertamanya menghasilkan lipatan kurang kemas, ramai lebih tertumpu kepada inti daging yang kelihatan penuh, berjus dan cukup menyelerakan.

Itulah yang dikongsikan oleh wanita dikenali sebagai Nurul Munirah Jamaludin menerusi Facebook.

Menerusi perkongsiannya, dia berkongsi cara menyediakan 'dumpling' menggunakan 'rice paper' sebagai pengganti kulit 'dumpling' biasa.

"First time guna rice paper. Tak cantik sangat la kejadian lipatan tu kan. Tapi kalau tengok inti dia. MasyaAllah. Tolong cuba resipi ni okay," tulisnya.

Berikut cara lengkap penyediaannya:

Bahan-bahan

  • Daging kisar
  • Bawang Holland (cincang halus)
  • Bawang putih (cincang halus)
  • Kicap cair
  • Sos tiram
  • Lada putih
  • Lobak merah (potong dadu)
  • Daun bawang
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Rice paper
Seorang wanita kreatif menggunakan 'rice paper' untuk menyediakan 'dumpling'.

Cara penyediaan

  1. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging kisar dan masak hingga bertukar warna.
  3. Tambah lobak merah, kemudian perasakan dengan kicap cair, sos tiram, lada putih, serbuk perasa dan garam.
  4. Masak sehingga inti agak kering sebelum dimasukkan daun bawang.
  5. Basahkan 'rice paper', letakkan inti secukupnya dan lipat mengikut bentuk yang diinginkan.
  6. Boleh terus dinikmati atau digoreng sehingga keperangan untuk tekstur yang lebih rangup.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Kek Greek yogurt bersama beri campuran, 'dessert' selamat untuk individu sedang diet

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Cara buat tauhu goreng 'crispy'... Rangup di luar, lembut di dalam! Pasti tak cukup sebiji

Terhangat