info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Cara buat tauhu goreng 'crispy'... Rangup di luar, lembut di dalam! Pasti tak cukup sebiji

Lead Image

DI sebalik teksturnya yang rangup setiap kali digigit, bahagian dalam tauhu goreng ini kekal lembut dan gebu, membuatkan sajian ini sukar untuk ditolak.

Apatah lagi dicecah dengan sambal kicap dengan kombinasi rasa pedas, masin dan sedikit manis, memang tak cukup kalau makan cuma sebiji.

Paling istimewa kudapan ini mudah disediakan, amat sesuai untuk juadah minum petang.

Perkongsian resipi daripada wanita dikenali sebagai Eyka Marya ini mencuri perhatian ramai kerana hasilnya tauhu goreng ini rangup di luar dan kekal lembut di bahagian dalam.

"Sedap rupanya tauhu crispy ni. Crispy di luar, lembut di dalam. Pekena pula dengan sambal kicap, memang tak toleh kiri kanan!" kongsinya.

Jom Kuali kongsikan resipi dan cara penyediaannya.

Hidangan ini pasti dinanti-nanti ramai terutamanya untuk juadah minum petang.

Bahan-bahan

  • 10 hingga 15 biji tauhu (dipotong empat bahagian)
  • 100 gram tepung gandum
  • 20 gram tepung jagung
  • 1 sudu besar serbuk perasa
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 360 gram air
  • Minyak

MENARIK DIBACA:  Pegang bakul 'pink' di pasar raya petunjuk pelanggan bujang, terbuka untuk berkenalan

MENARIK DIBACA: Selaput kuning pada petai jangan dibuang, rupanya ada keistimewaan

Cara penyediaan

  1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk perasa, garam dan serbuk penaik di dalam sebuah bekas.
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga adunan menjadi sebati dan tidak berketul.
  3. Masukkan potongan tauhu ke dalam bancuhan tepung dan pastikan setiap bahagian disaluti rata.
  4. Panaskan minyak dengan api sederhana.
  5. Goreng tauhu sehingga bertukar warna keemasan dan permukaannya menjadi rangup.
  6. Angkat serta toskan lebihan minyak sebelum dihidangkan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Guna 'rice paper' buat dumpling... Digoreng atau makan saja, kedua-duanya sedap!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Menu diet ayam rebus pedas tak guna minyak! Enak, boleh makan dengan senang hati

Terhangat