KUALI | Resipi Moden
‘Craving’ makanan segera tapi tengah diet, burger tauhu sihat tapi sedap

MAKANAN seimbang dan sihat amat penting membantu menjaga kesihatan tubuh badan.
Apabila bercakap tentang pemakanan sihat, pasti terbayang pilihan makanan tidak cukup rasa, kurang berlemak dan kelihatan tidak menyelerakan untuk dimakan.
Anggapan sebegitu bagaimanapun ternyata tidak tepat apabila anda masih boleh menikmati hidangan lazat dan menyelerakan tanpa rasa bimbang.
Kali ini, Kuali kongsikan cara penyediaan makanan sihat iaitu Burger Sayuran Dengan Inti Tauhu menyelerakan yang dihasilkan Chef Yong Mei Kei juga Pengarah dan Chef Eksekutif dari Kolej MIB.
Bahan-bahan
Bahan inti tauhu
- 1 bungkus tauhu asin
- 100 g gluten sayuran
- ½ sudu besar serbuk paprika
- 2 sudu besar sos sayuran
- 1 sudu besar minyak sayuran
- ¼ sudu besar lada hitam, ditumbuk halus
- Garam secukup rasa
Bahan sos sayuran mozzarella
- ¾ cawan kacang badam, direndam
- 1 ½ cawan air
- 2 sudu besar cuka epal
- 1/3 cawan tepung ubi
- 1 sudu besar minyak zaitun
- Garam secukup rasa
Bahan sampingan
Roti burger
- Tomato, dihiris bulat
- Daun salad
- Jeruk timun
- Mayonis
- Sos mustard
- Sos tomato
Langkah penyediaan
Inti tauhu
- Bakar tauhu dalam ketuhar pada suhu 210 darjah Celsius sehingga tauhu menjadi kering.
- Keluarkan tauhu ke dalam mangkuk dan hancurkan menggunakan garpu. Gaulkan bersama sayur-sayuran.
- Masukkan bahan inti tauhu dan gaul sehingga sebati.
- Bahagikan bahan diadun dengan sebati kepada enam bahagian. Bentukkan menjadi seperti kepingan daging burger.
- Letak adunan dibentuk di atas alat pemanggang dan sapukan sedikit minyak.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 210 darjah Celsius selama 25 minit sehingga bertukar keperangan.
Sos sayuran mozzarella
- Masukkan kacang badam ke dalam pengisar bersama bahan-bahan lain. Kisar sehingga menjadi halus.
- Tuang bahan dikisar halus ke dalam mangkuk dan panaskan seketika dengan api sederhana.
- Gaul adunan sehingga menjadi pekat.
Langkah penyediaan
- Belah roti burger kepada dua bahagian. Sapukan sos sayuran mozzarella pada permukaan roti burger.
- Letak bahan sampingan dan inti tauhu bersama sos tomato dan sos mustard.
- Siap untuk dihidangkan.