KUALI | Resipi Moden

Tak payah ke Thailand, kerabu tembikai ‘homemade’ buat kecur air liur

Lead Image

KECUR rasa air liur apabila terkenangkan keenakan kerabu tembikai Thailand yang mencetuskan pelbagai rasa di dalam mulut.

Rasa pedas cili padi dengan gabungan serai, perahan limau, kelapa parut, kacang tanah dan tembikai sukar digambarkan dengan kata-kata.

Tapi yang untungnya, resipi ini sangat mudah dibuat dan boleh dijadikan sebagai pembuka selera.

Tanpa menggunakan bahan pengawet, rasa kerabu ini boleh diubah mengikut citarasa sendiri.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tembikai dipotong dadu
  • 1/2 cawan isi udang rebus (boleh juga guna isi ayam atau sotong)
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • 1 batang serai dihiris halus
  • 5 helai daun limau purut dihiris halus
  • 2 sudu besar kelapa parut disangai hingga keemasan
  • 2 sudu besar kacang tanah disangai dan ditumbuk kasar
  • Cili padi ikut pedas yang disukai, dihiris
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar air limau nipis
  • 1 sudu teh gula perang/gula melaka parut (jika suka manis-manis sikit)
  • Daun ketumbar/daun pudina untuk hiasan dan aroma
Kerabu tembikai Thailand menggabungkan rasa pedas, masam dan aroma herba segar yang menggoda selera!

Langkah penyediaan: 

  1. Tembikai dipotong dadu dan ketepikan dalam peti ais supaya sejuk dan rangup.
  2. Dalam mangkuk besar, campurkan udang, bawang, serai, daun limau purut, cili padi dan kelapa sangai.
  3. Masukkan sos ikan, air limau nipis dan gula kemudian gaul rata sehingga sebati rasa masam, manis dan masin.
  4. Tambah tembikai sejuk dan gaul perlahan supaya tidak hancur.
  5. Akhir sekali, taburkan kacang tumbuk dan daun ketumbar/pudina.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Burger ayam kari hijau macam pelik, cuba dulu mesti jatuh hati

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

‘Craving’ makanan segera tapi tengah diet, burger tauhu sihat tapi sedap

Terhangat