KUALI | Nutrisi

Berpada-pada makan steamboat dan grill, awas risiko kanser usus

Lead Image

HIDANGAN berkonsepkan 'steamboat dan grill' sememangnya menjadi kegilaan rakyat Malaysia untuk berkumpul bersama rakan-rakan dan keluarga.

Konsep ini juga menjadi pilihan kerana pelanggan biasanya boleh menikmati pelbagai jenis hidangan seperti daging, makanan sejuk beku, sayur-sayuran dan sebagainya tanpa had dengan bayaran tertentu.

Namun di sebalik itu, ramai mungkin tak sedar pengambilan daging serta makanan proses secara berlebihan boleh meningkatkan risiko kesihatan dan paling ditakuti adalah kanser usus.

Kanser kolon menjadi kanser kedua paling kerap berlaku di Malaysia.

Kanser itu biasanya akan menyerang bahagian kolon, usus dan rektum iaitu kompenen utama dalam sistem penceranaan dan pembuangan sisa makanan daripada badan manusia.

Statistik menunjukkan hampir 250,000 kes kanser usus direkodkan di Malaysia dari tahun 2017 hingga 2023, menjadikannya kanser kedua paling kerap berlaku di negara ini.

Kajian juga mendapati risiko menghidap penyakit ini meningkat sebanyak 19 peratus bagi setiap 25 gram daging proses yang dimakan setiap hari.

MENARIK DIBACA: Leher dan ketiak berkerak jadi hitam, sental pun tak hilang… Awas petanda awal diabetes

MENARIK DIBACA: Usia 30 dan kesuburan wanita, ini panduan sokong kesihatan reproduktif

Lebih membimbangkan, kira-kira 95 peratus rakyat Malaysia tidak mengambil cukup sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian, sekali gus meningkatkan risiko penyakit tersebut.

Jenis daging yang boleh meningkatkan risiko kanser kolon termasuklah burger, daging merah, bologna, peperoni dan produk seumpamanya termasuk sosej.

Tidak hanya itu, faktor lain yang boleh menyumbang kepada kanser usus adalah masalah obesiti, kurang aktiviti fizikal, tabiat merokok, kurang mengambil sayur-sayuran dan sejarah keluarga.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Sakit kepala dan selesema? Sumbat bawang putih dalam telinga kalau nak cepat lega

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Ingat makan roti boleh kurus, rupanya nasi lebih rendah kalori

Terhangat