KUALI | Nutrisi

Sakit kepala dan selesema? Sumbat bawang putih dalam telinga kalau nak cepat lega

Lead Image

KEDENGARAN macam pelik bukan letak bawang putih dalam telinga? Tapi sebenarnya, ia mempunyai khasiat tersendiri dipercayai boleh membantu meredakan kesakitan dan melawan jangkitan.

Kalau anda nak tahu, bawang putih bukan saja bahan dapur yang menyedapkan masakan, malah sejak dahulu lagi digunakan dalam perubatan tradisional.

Salah satu petua sering disebut-sebut ialah meletakkan bawang putih dalam telinga untuk meredakan sakit atau gejala tertentu.

Jom Kuali kongsikan 5 fakta menarik tentang petua ini yang mungkin anda belum pernah tahu!

Kandungan allician dalam bawang putih bersifat antibakteria boleh membantu melawan jangkitan.

1. Kandungan allicin bersifat antibakteria

Bawang putih mengandungi sebatian aktif yang dikenali sebagai allicin. 

Allicin mempunyai sifat antibakteria dan antikulat yang dipercayai dapat membantu melawan jangkitan ringan di telinga atau kawasan sekitarnya.

Bawang putih yang dibungkus dalam kain kasa dan dituam di kawasan telinga boleh memberi kelegaan sementara.

2. Kehangatan dan kelegaan sementara

Rata-rata memberi 'feedback' bahawa meletakkan bawang putih dibungkus dalam kain kasa berhampiran kawasan telinga boleh memberi kelegaan sakit telinga terutama jika disebabkan oleh tekanan atau selsema. 

Namun, ia hanya kelegaan sementara bukan rawatan sebenar.

MENARIK DIBACA: Kombinasi ayam goreng Korea dengan sambal geprek, boleh buat 'hantu pedas' tak senang duduk

MENARIK DIBACA: Ini cara orang Thailand buat pulut mangga, memang habis sepinggan!

Bahkan, bawang putih mempunyai kesan pemanasan semula jadi apabila diletakkan di telinga ia memberi rasa hangat menenangkan dan membantu melancarkan peredaran darah di sekitar telinga dan kepala. 

Ini membantu sesetengah orang rasa berasa lebih lega dari tekanan sinus atau sakit kepala ringan.

Aroma bawang putih yang kuat dapat membantu melancarkan saluran pernafasan.

3. Aromaterapi semula jadi

Aroma bawang putih yang kuat dikatakan dapat membantu melonggarkan saluran pernafasan dan memberi rasa lega seperti aromaterapi semula jadi. 

Ini mungkin membantu sesetengah orang yang mengalami selsema atau hidung tersumbat.

Bunyi macam pelik tapi ada juga yang mengatakan bahawa meletakkan bawang putih di telinga membantu mereka tidur lebih lena! 

Kononnya kerana aroma kuatnya memberi kesan menenangkan ibarat aromaterapi dan mengurangkan gangguan sinus atau tekanan dalam kepala.

Bawang putih sering digunakan dalam perubatan India dan Cina dalam membantu memulihkan tenaga badan.

4. Rawatan ayurveda dan tradisional Cina

Dalam perubatan ayurveda (India) dan juga tradisional Cina, bawang putih dianggap bahan panas boleh membantu menyeimbangkan tenaga dalam badan terutama ketika seseorang mengalami angin sejuk atau ketidakseimbangan badan akibat cuaca.

Bawang putih segar yang dihancurkan lebih berkesan berbanding yang telah dikupas dan dibiarkan lama.

5. Tak semua bawang putih berkesan

Ramai tak tahu bahawa bawang putih segar yang baru dikupas atau dihancurkan jauh lebih berkesan dari bawang putih lama atau sudah dikeringkan. 

Ini kerana allicin (bahan aktif utama) hanya terbentuk bila bawang putih dipotong atau dihancurkan dan cepat hilang selepas itu.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Anggur kyoho bukan sebarang buah, rahsia orang Jepun bertenaga dan miliki kulit mulus

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Berpada-pada makan steamboat dan grill, awas risiko kanser usus

Terhangat